Sudah melayari bahtera perkahwinan selama sembilan tahun, pelakon dan pengacara Azad Jazmin memuat naik gambar throwback selepas pernikahan.
Malah, kelihatan juga inai masih merah di jari Eira Syazira, Azad bersyukur kerana kehidupannya kini semakin bahagia dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
“Throwback. Masa mula2 nikah 9years back. How fast time flies. Now dah ada 3 anak dara but still rasa mcm zaman kami dok sakan bercinta dulu. Alhamdulillah,” tulis Azad.
Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 16 September 2011dan dikurniakan tiga orang anak, Amarra Sofea Rose,4, Ameisya Leann Rose,2 dan Areisya Suri Rose, 1 tahun 8 bulan.
Foto : Instagram Azad Jazmin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi laman Twitter, ada seorang individu memuat naik satu rakaman video yang memaparkan penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti yang terkejut melatah dengan sopan, tetapi lucu!
Insiden tersebut berlaku di sidang media program Big Stage minggu keempat, yang menyaksikan bintang yang sinonim dengan gelaran 'penyanyi nombor satu' itu memberikan imuniti buat Fieya Julia.
“Tokti melatah pun sopan. Hahahaha,” tulisnya pada video tersebut.
Lantas, rakaman video tersebut menjadi perhatian peminat dan rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat Tok Ti.
Malah, Tok Ti sempat berkata "apa yang Siti Nurhaliza buat ni" sambil dipandang mesra rakan artis, Jaclyn Victor dan wakil Astro.
Sekadar informasi, Tok Ti bersama penyanyi Indonesia terkenal, Judika dan Cakra Khan merupakan juri tetap untuk program realiti nyanyian Big Stage 2019.
Sementara Jaclyn Victor pula dijemput sebagai juri jemputan pada minggu berkenaan.
Video : Twitter Idan Matt
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, Youtuber Syahmi Sazli bersama dua pelakon istimewanya, iaitu Asif dan Yoe Parey kian menjadi sebutan ramai sekali gus menjadi sensasi terbaru media sosial dek gelagat humor mereka menerusi barisan drama spontan yang dilakonkan.
Terkini, Drama Spontan Episod 12 menerusi tajuk Ashrul Atau Ashley? Sudah pun mendapat tontonan hampir 4 juta tontonan kurang dari tiga hari ia dimuat naik menerusi YouTube.
Sekali gus, ia menjadi trending nombor satu hingga membawa MeleTop untuk mengundang ketiga mereka untuk berkongsi pengalaman terlibat di dalam Drama Spontan, baru-baru ini.
Syahmi atau nama sebenarnya, Muhammad Syahmi Sazli mengakui jalan cerita yang dilakukan adalah secara spontan.
“Memang akan terus shooting, cuma ia (jalan cerita) akan dipantau oleh pelakon lain juga,” katanya yang turut menjelaskan beberapa pelakon wanita yang turut sama terlibat tidak mengenali Asif dan Yoe secara langsung.
Sebaliknya, mereka isi masa dengan keluar makan terlebih dahulu untuk berkenalan demi mencari keserasian.
Pada masa sama, keduanya turut mengucapkan terima kasih atas sambutan luar biasa yang diterima.
Memetik Sinar Harian, Syahmi sebelum ini ada memberitahu, dia dan sepupunya, Muhammad Asyiff Suhaimi, 17, atau Asif dan rakan mereka, Muhammad Ashrul Hakim Lukman, 21, terkejut apabila trofi YouTube Gold Play Button pertengahan Ogos lalu.
Trofi tersebut dimenangi beliau selepas berjaya memiliki jumlah ‘subscribers’ seramai 1 juta dan telah dipos oleh pihak ibu pejabat Google dari United Kingdom.
“Pada mulanya tak percaya saya berjaya memenangi trofi tersebut. Namun rasa bersyukur sangat sebab trofi ini memang menjadi idaman setiap ‘youtuber’ atau ‘video creator’.
“Alhamdulillah, ia hasil titik peluh selama tiga tahun, apa yang dilakukan adalah untuk semua penyokong kami,” katanya seperti yang dipetik.
Terdahulu, Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang menggantikan Neelofa turut berkongsi foto yang dirakam bersama menerusi laman Instagram masing-masing.
Foto: Instagram Syahmi Sazli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seperti yang sedia maklum, artis versatil Elly Mazlein atau sinonim dengan panggilan Kak Lina Pom Pom sedang menjalinkan hubungan percintaan bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Papa Awan Nano.
Tidak mahu mengulas secara terperinci mengenai lelaki yang kini sedang bertakhta di hati, Elly hanya berkongsi lelaki itu lebih muda dari usianya selain berasal dari Pantai Timur.
Malah, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama jejaka tersebut pada tahun 2020.
Perkara tersebut telah dikongsikannya menerusi temu bual bersama media, tidak lama dulu.
Lalu, di entri terkini penyanyi berusia 38 tahun itu, dia kini dilihat sering memberi kredit buat servis yang akan terlibat dalam hari bahagianya kelak.
“Si baju hitam helok ituhhhh bkn papa #AwanNano ye Alhamdulillah.. kek utk #Majlis #Merisik nnti , Papa #AwanNano & kakak lina pilih @madaboutcake_official," tulis Elly sambil disusuli dengan tanda palang #Merisik #Bertunang & PC #MalamBerinai #NikahSanding dan #MajlisSambutMenantuDiKualaKrai.
A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on Sep 26, 2019 at 7:42pm PDT
Dalam pada itu, peminat mendoakan agar segala urusan ibu kepada seorang cahaya mata itu dipermudahkan.
Elly diijakabulkan bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Safhia Azmi, 2 dalam perkahwinan pertama.
Namun pada 15 Oktober 2015, keduanya mengambil keputusan untuk bercerai.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.