Peminat muzik tanah air bakal menyaksikan kolaborasi istimewa antara penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa bersama dua nama besar industri muzik Malaysia, MK K-Clique dan Ernie Zakri menerusi konsert mega “Here I Am” yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Jun ini.
Penyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta itu menyifatkan keterlibatan MK dan Ernie dalam konsert ini sebagai satu pengalaman baharu yang sangat dinantikannya.
“Kesediaan MK K-Clique dan Ernie Zakri untuk turut serta dalam konsert ini pastinya akan memberikan pengalaman yang luar biasa kepada peminat.
“Saya belum pernah berkolaborasi dengan mereka, jadi saya sangat menantikan momen istimewa ini.
“Ini membuktikan muzik tidak mengenal sempadan dan saya yakin ada beberapa kejutan lain yang akan membuatkan konsert ini lebih bermakna,” katanya.
Ads
Selain MK dan Ernie, konsert ini turut menampilkan bintang popular Indonesia, Ariel Noah.
‘Here I Am’ Dedikasi Buat Peminat
Konsert “Here I Am” dianjurkan bersempena meraikan 29 tahun perjalanan seni Rossa, sebagai kesinambungan kepada kejayaan siri konsert terdahulu seperti Rossa 25 Shining Years (2022) dan Another Journey: The Beginning (2023) yang berjaya menarik lebih 80,000 penonton di tiga negara.
Menurut Rossa, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa tetapi satu bentuk penghargaan kepada para peminat yang tidak pernah berhenti menyokong sejak awal kerjayanya.
“Saya mahu mengajak peminat yang menikmati lagu-lagu saya untuk menerima diri mereka tanpa rasa rendah diri, menghargai serta mencintai diri sendiri.
Ads
“Ia adalah refleksi perjalanan saya sebagai seorang penyanyi yang bermula daripada lagu-lagu hits, album, pencapaian, hingga konsert-konsert yang pernah saya jayakan,” ujarnya lagi.
Konsert Hiburan, Misi Kebajikan
Dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama SAH Entertainment, konsert ini turut membawa misi kebajikan di samping nilai hiburan yang disajikan.
Sebahagian hasil jualan tiket akan disalurkan ke Tabung Kasih Prihatin bagi tujuan pendidikan dan kebajikan.
Ads
Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Aizuddin Ghazali menyifatkan Rossa sebagai figura seni yang komited terhadap usaha kemasyarakatan.
“Sejak 2012, kami telah bekerjasama dalam menganjurkan konsert yang bukan sekadar untuk komersial.
Kali ini, PRIHATIN juga mengalu-alukan pihak korporat dan individu untuk menyumbang menerusi pembelian tiket kategori Royale, First Class, dan Executive, demi membantu mereka yang memerlukan,” katanya.
Tiket konsert boleh dibeli secara dalam talian melalui www.ticket2u.com dan selain di Kuala Lumpur, konsert “Here I Am” turut dijadualkan berlangsung di Indonesia Arena, Jakarta pada 23 Mei serta di Singapura pada penghujung tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nadia Brian mengesahkan dirinya sudah bercerai talak satu dengan bekas suami, Muizz Nasruddin, kelmarin.
Lapor Kosmo! Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi bagaimanapun tidak berkongsi lokasi lafaz cerai yang dilakukan Muizz.
“Alhamdulillah. Semuanya okay je dan ya kami sudah bercerai.
“Apapun kena bertenang. Saya jenis bukan suka kecoh, tapi kalau orang tanya itulah jawapannya.
“Muizz sudah lafazkan cerai kelmarin tepat pukul 8.34 malam,” katanya seperti yang dipetik.
Bintang berusia 31 tahun itu turut menjelaskan, perceraian tersebut dilafazkan di luar mahkamah seperti yang diminta bekas suami.
Terdahulu, sekitar pertengahan Disember lalu, media melaporkan Muizz sudah memfailkan perceraian terhadap Nadia di sebuah mahkamah namun masih belum dibicarakan ekoran situasi semasa Covid-19.
Pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri itu sebelum ini juga pernah mengakui rumah tangga yang dibina bersama suaminya pada 9 November tahun lalu itu sedang berantakan, namun tidak mengulas lanjut kerana bimbang akan mengeruhkan keadaan.
Spekulasi keretakan rumah tangga mereka timbul selepas Nadia berkongsi hantaran menerusi InstaStory yang memberi bayangan dirinya sudah bergelar solo.
Sumber: Kosmo!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, Tok Ti telah berkongsi gambar anaknya, Siti Aafiyah memakai tudung kanak-kanak.
“Anak bertuah ibu ni laaaaa… #hijabista #ibuhatihatigigiaafiyahnaktumbuh” tulisnya.
Perasaan ibu mana yang tak gembira melihat perkembangan permata hati. Bermula dengan meniarap, merangkak dan kini sudah pandai berjalan.
Itulah yang tergambar daripada pelakon versatil, Fasha Sandha yang baru-baru ini ada berkongsi perkembangan anak ketiganya, Aisha Amaira yang kini mulai bertatih meski baru mencecah usia 10 bulan.
Sambil menzahirkan rasa syukur, bintang drama Scammer itu turut memaklumkan anaknya itu bakal menginjak usia setahun tidak lama lagi.
“10 bulan dah dapat kaki. Syukur Alhamdulillah. Baby 2020, lahir time pkp, lagi sebulan lebih dah masuk setahun.
“Masih PKP lagi ka kita, stay safe everyone. #iburayfalrayshaaisha,” tulis Fasha pada ruangan kapsyen.
Menerusi video yang dikongsikan, seronok melihat aksi lincah Aisha yang berjalan perlahan-lahan selepas di agah ibunya itu.
Sehingga kini, hantaran tersebut sudah mendapat lebih 50,000 tanda suka daripada peminat.
Terdahulu, Fasha juga pernah berkongsi menu kegemaran Aisha yang cukup berselera makan, terutama nasi lembut yang dikisar bersama lobak, kentang dan juga sup ayam.
Untuk rekod, Fasha dan suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada 28 Mac 2019 dan selepas mengalami keguguran, Fasha selamat menimang cahaya mata pertama mereka, Aisha Amaira pada 7 Ogos 2020.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan digemparkan dengan penahanan pelakon terkenal, Choi Jung-won selepas beliu didakwa mengintai dan mengganggu seorang wanita di kediamannya baru-baru ini.
Menurut laporan...