Bagi yang mengikuti perkembangan dunia maya blog kecantikan dan fesyen, pasti akan ada yang mengenai blogger terkenal yang disapa Shearasol yang telah pun dijemput Illahi kira-kira dua tahun lalu.
Shearasol atau nama lengkapnya, Allahyarham Farah Syahirah Rasol difahamkan meninggal pada Jun 2017 akibat penyakit kanser.
Lalu salah seorang sahabatnya, Heliza Helmi turut menyatakan dedikasi serta rasa rindu terhadap arwah. Kehilangannya nyata memberi kesan buat Heliza.
Menerusi Instagram, bintang ini ada berkongsi kenangan bersama genap dua tahun kehilangannya.
Ads
Lebih sebak, Heliza turut mendedahkan aktiviti Allahyarham, yang dijumpai adik arwah selepas kematiannya.
“IJA RINDU @shearasol, moga Shea sekarang sedang berada dalam taman taman Syurga Allah. Moga kita dapat berjumpa kembali di Syurga Allah. Aamiin.
Ads
“Selepas @shearasol meninggal dunia, adik shea terjumpa satu catitan Shea, sepertinya perancangan sebelum bertemu Sang Pencipta , ALLAH . Ija kagum MasyaAllahhh dengan @shearasol , hati bersih, dan mempunyai perancangan harian seperti ini.
“Kakja kongsikan kembali amalan @shearasol sebelum bertemu Allah, moga Allah berikan kita rezeki untuk terus beramal dengan amal soleh, moga apa Shea tulis ini , pahala berpanjangan buat Shea. Aamiin.
Ads
“Jom kita sama sama hadiahkan Al Fatihah buat sahabat yang Ija sangat rindui…. @shearasol. PS: Shea meninggal pada bulan Ramadhan , Hari Jumaat. MasyaAllahhh,” tulisnya panjang lebar.
Tertekan akibat komen yang ditinggalkan di laman Instagram anak angkatnya, Ameena, bakal memberi kesan, Datin Seri Shahida mengambil keputusan menutup laman sosial anaknya itu.
Kongsinya, ia lebih baik bagi mengelakkan berlaku perselisihan faham antara netizen.
Malah hidupnya lebih tenang tanpa perlu memikirkan netizen bertanya itu dan ini kerana semuanya telah diterangkan.
Ulas Shahida menerusi ruang kapsyen lagi, apa sahaja yang dikongsikan pasti ada yang tidak kena pada pandangan mata netizen dan seringkali berlaku pergaduhan, dan jalan terbaik adalah menutup punca masalah.
“Banyak yg tanya mana ig Ameena…..utk pengetahuan semua saya dah tutup sebab byk sangat yg tukang jaga pakai mulut…itu x kena ini x kena……bergaduh sesama sendiri……dgn saya2 pun stress terjebak.
“Alhamdulillah sejak x ada ig tu hidup saya makin tenang….biarlah dia jalani hidup biasa sebab mak ayah kandung dia pun orang biasa……nanti gaduh2 komen itu x kena ini x kena ada yg makan hati bila baca komen…terutama parents kandung dia…. jgn lah tanya sy lagi pasal benda ni ya sebab saya pun dah terangkan.”
Malah, isteri kepada Aliff Syukri ini turut keliru apabila ada yang menuduh dia dan suami cuba mengambil kesempatan di atas populariti Ameena.
“Ada pula yg cakap saya jaga sebab nak ambik kesempatan tumpang populariti?? saya pun confius sekejap! jadi utk memastikan saya tak tumpang papulariti ameena saya tutup la ig dia ya biar dia hidup dgn aman damai dan bahgia,” tulisnya luah rasa.
Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi.
Keluarga ini juga mempunyai seorang anak angkat iaitu Ameena yang kini berusia dua tahun.
Foto : Instagram Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Syafiq Kyle sudah pun genap berusia 27 tahun ini.
Lalu, bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada bulan Syawal tahun ini, pelakon berkenaan telah diraikan oleh kelab peminatnya di majlis rumah terbuka, dua minggu lalu.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...