Hefny Sahad, Uqasha Senrose Bercinta

Sudah lama tidak mendengar khabar mengenai pelakon jelita, Uqasha Senrose selepas filem Hero Seorang Cinderella tamat ditayangkan.

Terbaru, MH Online mendapat khabar terbaru mengenai Uqasha yang juga kakak kepada Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose, dikatakan sedang mejalinkan hubungan cinta dengan pengacara dan pelakon, Hefny Sahad.

Eh betul ke ni? Mengikut tinjaun MH Online mendapati Hefny telah menukar gambar profile di laman sosial Instagram kepada gambarnya sedang memegang tangan pelakon jelita itu.

IKLAN

Dalam masa sama, menerusi satu entri di akaun Instagram milik Uqasha, dilihat dia ada memuatnaik satu gambar menunjukkan gambar dia sedang ditemubual Hefny.

?

A post shared by UQASHASENROSE (@uqashasenrose2) on

Ruangan komen di Instagram Uqasha juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira 2.5 juta pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan komen mendoakan kebahagiaan mereka

Perkongsian aktres jelita itu telah menerima lebih daripada 46,000 likes dan lebih 200 komen semenjak ia dimuat naik semalam. Rata-rata pengikutnya berkata mereka amat secocok bersama.

Dalam pada itu juga, rakan selebriti seperti Siti Sarah Raisuddin dan Adeline Tsen, turut meninggalkan komen di ruangan gambar tersebut. Dilihat Hefny juga turut meninggalkan komen emoji senyuman di situ.

Memetik laporan sebelum ini sudah banyak perkhabaran tentang mereka yang katanya sedang selesa berkawan. Malah mereka sudah genap setahun berkawan.

IKLAN

BACA JUGA > Uqasha Senrose Miliki Ciri-ciri Wanita Idaman Hefny

Menurut Hefny, Uqasha seorang yang sentiasa jujur sepanjang mereka berkenalan. Malah hampir segala-galanya termasuk perbualan beliau dengan orang lain di sosial media akan ditunjukkan kepada Hefny.

Ketika ditanya mengenai perjalanan hubungan mereka, Hefny sememangnya serius berkawan dengan Uqasha dan turut merancang yang terbaik untuk hubungan mereka berdua.

MH Online mendoakan kebahgiaan kedua pelakon ini. Kalau ada jodoh tak kemana kan.