Jika sebelum ini, selebriti sensasi, Fathia Latiff dilihat kurang senang bila ada pihak yang cuba membandingkan kecantikkannya dengan orang lain.

Namun, berbeza pula kali ini apabila Fathia tidak malu untuk mengakui kenyataan bahawa adiknya yang juga merupakan personaliti media sosial, Dr. Fasiha Latiff jauh lebih cantik daripada dirinya.

@mediahiburanofficial Mungkin ramai tak tahu, adik Fathia, Dr Nur Fasiha Latiff memiliki kelulusan dalam bidang perubatan dari Trinity College Dublin, Ireland. Perkara itu dikongsi Fathia menerusi ‘IG Live’, pada Sabtu #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan


“Ini betul. Ini paling betul. Dia seorang yang menawan dan lagi cantik daripada saya. Saya mengakui perkara itu,” katanya.

Kenyataan itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Arianna Rose itu menerusi satu sesi siaran langsung yang dimuatkan naik kembali di akaun Tik Tok Media Hiburan.

Katanya lagi, adiknya itu bukan sekadar cantik tetapi kini sedang melebarkan sayapnya untuk bekerja Ireland.

“Dia merupakan seorang doktor. Ketika ini dia sedang berada di Dublin,” kongsinya lagi.

IKLAN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui kejelitaan Dr. Fasiha selain turut mengagumi reputasi yang dimiliki keluarga Fathia.

“Baru tahu rupanya adik Fathia Latif iaitu Fasiha Latif adalah seorang doktor. A beauty with brain. Hebat juga rupanya keluarga Fathia Latiff ni.

“Adik beradik dia semua lawa-lawa yang pempuan. Farhana pun cantik juga. Memang baka cantik diorang ni. Macam family Senrose. Cantik-cantik belaka.

IKLAN

“Dr. Fasiha sangat baik orangnya. Senang bekerjasama dengan dia.

“Betul. Pernah solat dengan Dr. Fasiha waktu bertugas di HKL. Memang cantik gila. Walaupun tak make up. Waktu tu terpegunlah dengann kecantikan dia,” antara komen netizen.

Sekadar informasi, Fasiha kini difahamkan berada di Dublin, Ireland untuk bekerja dan pada masa sama sedang menyambung pengajian untuk mendapatkan kepakaran dalam bidang kardiologi.

IKLAN

“Hebat Juga Keluarga Dia Ni,” – Fathia Tak Malu Mengaku Adik Lagi ‘Hot’ & Cantik, Netizen ‘Stalk’ Siapa Dr. Fasiha Latiff “Hebat Juga Keluarga Dia Ni,” – Fathia Tak Malu Mengaku Adik Lagi ‘Hot’ & Cantik, Netizen ‘Stalk’ Siapa Dr. Fasiha Latiff

Terdahulu, Fasiha pernah berkhidmat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) sebelum meneruskan kerjayanya di sebuah klinik swasta di ibu kota.

Fasiha juga telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Dr. Hazheem pada tanggal 19 September 2021.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI