Penyanyi Syura Badron meluahkan rasa syukur apabila kini sudah dipindahkan ke wad biasa selepas beberapa hari menerima rawatan di Unit Pergantungan Tinggi (HDU) di sebuah pusat perubatan akibat jangkitan kuman pada buah pinggang dan darah.
Menurut Syura, ujian yang menimpa dirinya ini dianggap sebagai tanda kasih dan peringatan daripada Allah SWT.
“Syukur Alhamdulillah ya Allah. Saya sudah keluar HDU! Tak seronok dekat HDU tu sebab tak boleh pergi tandas.
“Tak mengapalah. Ujian datang sebab Allah sayang,” tulisnya penyanyi lagu Nazam Berkasih itu di Instagram.
Doa Dan Sokongan Ramai
Dalam perkongsian sama, Syura memaklumkan dirinya kini bersedia menjalani rawatan susulan di wad biasa dan berharap dapat pulang ke rumah tidak lama lagi.
Ads
“Saya bersedia untuk menjalani rawatan seterusnya di wad pula. Harap-harap tidak lamalah duduk hospital ni.
“Terima kasih untuk doa-doa kalian yang ikhlas untuk saya. Hanya Allah yang dapat membalas,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rakan-rakan artis dan para peminat turut menitipkan doa agar penyanyi itu segera sembuh.
“Sayang kita ni kuat. Semoga lekas keluar hospital.”
“Jaga diri ya. Kami selalu mendoakan kesembuhan buat Syura.”
Ads
“Semoga Allah angkat segala penyakit Syura. Dipermudahkan rawatan, cepat sihat dan kembali ceria seperti selalu,” antara komen yang ditinggalkan netizen.
Sebelum ini, suami kepada Syura, Muhammad Farizat, memaklumkan isterinya dikejarkan ke hospital dan ditempatkan di Unit Pergantungan Tinggi (HDU), selain turut memohon doa orang ramai agar kesihatan Syura segera pulih.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta, meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kes disiplin dan jenayah yang berlaku di sekolah sejak kebelakangan ini.
Disebabkan situasi tersebut, Che Ta mengakui sedang mempertimbangkan untuk memilih kaedah pembelajaran di rumah (home schooling) bagi anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana.
Ia difikirkan wajar demi memastikan keselamatan dan ketenangan dirinya sebagai ibu.
“Lepas ni Aisyah sekolah di rumah sahajalah. Tak payah pergi sekolah. Tak tahulah budak sekolah sekarang makan apa.
“Perangai semua pelik-pelik macam monyet, beruk dan ungka,” katanya.
Menurut Che Ta, pembelajaran di rumah dilihat lebih selamat berbanding menghantar anak ke sekolah kerana sikap segelintir murid zaman kini yang semakin membimbangkan.
Katanya lagi, dia juga hanya akan menggunakan khidmat guru wanita untuk mengajar anaknya itu.
“Kita panggil cikgu sahaja datang ke rumah. Itu pun cikgu perempuan. Ibu-ibu zaman sekarang yang ada anak perempuan memang takut sangat.
“Macam-macam hal. Ini hal serius,” katanya menerusi satu hantaran video di TikTok yang kini tular.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong pandangan Che Ta selain menyuarakan rasa gusar terhadap gejala salah laku pelajar yang semakin menjadi-jadi.
Ada juga yang mencadangkan agar pihak berkuasa turut memainkan peranan dalam memantau keselamatan di sekolah.
Antara komen netizen termasuklah:
“Betul apa yang Che Ta cakap. Saya cadangkan supaya pondok polis disediakan di setiap sekolah dengan dua anggota bertugas.”
“Kalau kami mampu pun, kami akan pilih home school. Budak-budak sekarang memang menakutkan.”
“Semoga Allah lindung anak-anak kita semua. Setuju Che Ta, kita yang tentukan masa depan anak kita. Janji anak kita berilmu, beradab dan selamat.”
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih dua juta tontonan di TikTok dan terus menjadi perbincangan ramai di media sosial.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Rozita Che Wan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selain kategori Filem Terbaik, dua anugerah yang paling dinantikan setiap kali penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) ialah Pelakon Lelaki dan Pelakon Wanita Terbaik.
Dua kategori ini sering menjadi tumpuan bukan hanya dalam kalangan penggiat industri, tetapi juga peminat yang mengikuti rapat perkembangan dunia perfileman tempatan.
Malah ia dianggap simbol tertinggi dalam dunia lakonan Malaysia iaitu satu pengiktirafan terhadap usaha, pengorbanan dan evolusi seorang pelakon dalam memberi makna kepada watak di layar perak.
Pasa edisi FFM ke-34, kategori ini dilihat antara yang paling sengit dalam sejarah mutakhir penganjuran.
Barisan calon datang daripada pelbagai latar filem iaitu daripada aksi berskala besar hingga ke drama psikologi dan kisah kekeluargaan yang sarat emosi.
Bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik, lima calon utama ialah Sharnaaz Ahmad (Blood Brothers: Bara Naga), Beto Kusyairy (Reversi), Qi Razali (Babah), Aeril Zafrel (Laknat) dan Tony Eusoff (Mencari Ramlee).
Setiap calon menampilkan gaya dan kekuatan berbeza, menggambarkan keluasan spektrum lakonan tanah air.
Sharnaaz Ahmad kini berada di kemuncak momentum hasil kejayaan besar Blood Brothers: Bara Naga, filem aksi-drama pecah panggung dengan kutipan lebih RM76 juta.
Watak yang menuntut kekuatan fizikal dan kedalaman emosi itu menjadi bukti ketekunan Sharnaaz dalam memberikan persembahan penuh intensiti.
Namun, Beto Kusyairy dilihat sebagai pencabar paling kuat dengan lakonan mendalam dalam Reversi.
Kritikus filem menyifatkan lakonannya sebagai ‘tenang di luar, bergolak di dalam’, membuktikan keberaniannya bereksperimen dan keluar dari zon selesa.
Sementara itu, Qi Razali tampil menyentuh perasaan menerusi Babah, membawakan watak seorang ayah yang kehilangan pendengaran dengan penuh kejujuran.
Lakonannya yang sederhana namun sarat emosi menjadikannya antara persembahan paling berkesan.
Dalam masa sama, Aeril Zafrel dan Tony Eusoff turut menyerlah menerusi Aeril dengan sisi gelap dan intens dalam Laknat, manakala Tony pula menawan hati dengan karisma sebagai peniru gaya Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee dalam Mencari Ramlee.
Dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik pula, lima calon yang bersaing ialah Nabila Huda (Telaga Suriram), Datin Sofia Jane (Mencari Ramlee), Sweet Qismina (Babah), Khatijah Tan (Jangan Pandang Belakang, Aku Tahu Asal Usul Mu) dan Maya Karin (Telaga Suriram).
Setiap satu menghadirkan aura tersendiri dengan keunikan gaya lakonan masing-masing.
Nabila Huda sekali lagi membuktikan kelas tersendiri apabila tampil tanpa dialog dalam Telaga Suriram, sebuah naskhah yang menuntut keintiman emosi dan ekspresi tubuh yang kompleks.
Lakonannya matang, penuh rasa menerusi gabungan ketakutan, dendam dan kelembutan yang sukar dijangka.
Datin Sofia Jane pula mempersembahkan watak sarat simbolik dan bernuansa dalam Mencari Ramlee, menjelmakan keanggunan dan pesona klasik yang mengimbau nostalgia sinema lama.
Sweet Qismina, meskipun muda, berjaya menyentuh hati penonton dengan persembahan tulus dan penuh kasih dalam Babah.
Lakonannya tidak berlebihan, malah sangat seimbang dalam menghidupkan hubungan bapa dan anak yang menyayat jiwa.
Dalam masa sama, Khatijah Tan menampilkan kekuatan karakternya sebagai pelakon berpengalaman, sementara Maya Karin kekal versatil dengan gaya lakonan dramatik dan bersahaja yang menjadi identiti tersendiri.
Secara keseluruhan, kategori Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik FFM34 membuktikan bahawa mutu lakonan Malaysia kini berada di tahap membanggakan.
Sama ada juri mahu menonjolkan keberanian artistik seperti Beto Kusyairy dan Sofia Jane, atau menekankan penghayatan emosi seperti Sharnaaz Ahmad dan Nabila Huda, tahun ini menyaksikan pertandingan yang benar-benar sengit.
Festival Filem Malaysia ke-34 bakal berlangsung pada 1 November di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri, dan disiarkan secara langsung di TV2, dengan Datuk Afdlin Shauki dan Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai hos utama.
Tahun ini, kategori Filem Terbaik menawarkan Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta, sementara kategori lakonan kekal sebagai lambang tertinggi kecemerlangan individu dalam seni lakon tempatan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Terpalit kontroversi kononnya bercumbu dengan seorang pelakon wanita, Hazeeq Dean tampil menjelaskan dia tidak tahu-menahu langsung mengenai isu viral tersebut atau mana-mana hal sensasi lain.
Menurut Hazeeq, dia memilih untuk tidak mengulas lanjut demi menjaga privasi semua pihak, sebaliknya mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap bidang lakonan dan perniagaan yang sedang dibinanya.
“Sejujurnya saya tidak tahu-menahu mengenai sebarang isu viral yang berlaku ini. Sejak bergelar pelakon, saya memang hanya memberikan fokus terhadap dunia drama dan filem.
“Kebetulan juga bisnes saya kini semakin berkembang dan saya merancang untuk membuka kedai sendiri.
“Saya hanya fokus terhadap kerja. Jadi, untuk hal-hal yang viral ini, saya tiada benda nak komen demi menjaga privasi semua orang.
Tak kisahlah untuk mana-mana isu atau gambar yang viral sekali pun,” katanya kepada MH.
Bintang kelahiran Hero Remaja 2020 itu berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Safira (Bukan Nama Sebenar) di Pavilion Damansara Height, Kuala Lumpur, pada Rabu.
Dalam pada itu, Hazeeq menganggap isu sebegini sebahagian daripada asam garam dunia seni yang tidak dapat dielakkan.
“Saya hanya mahu memberi fokus terhadap perkara-perkara yang memberi manfaat kepada diri sendiri. Sebagai contoh, saya mahu memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dalam bidang lakonan.
“Apa sahaja isu yang viral melibatkan drama atau apa-apa hal sekali pun, siapalah kita nak menutup mulut orang.
“Selagi saya boleh fokus dengan kerjaya, saya baik-baik sahaja. Saya anggap ini adalah asam garam sebagai anak seni,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Hazeeq juga tidak mahy ulas panjangengenai status hubungannya dengan pelakon wanita Dayang Areeda, yang kini didakwa rapat dengannya.
“Pada saya, soal percintaan ini adalah hal privasi. Percayalah jika satu hari nanti saya sudah bersedia untuk berkongsi, saya akan maklumkan berita baik ini kepada semua orang.
“Saya memilih untuk menjaga privasi dan tidak mahu komen tentang hubungan ini. Kalau ada yang mengiyakan, saya tidak kisah kerana ia bukan keluar daripada mulut saya sendiri.
“Untuk siapa yang tahu saya sedang bersama siapa atau ada terjumpa kami di luar, mereka akan tahulah. Tapi untuk saya umumkan, rasanya belum tiba masanya lagi,” katanya lagi.
Sebelum ini, tular foto dua pelakon yang didakwa melakukan aksi tidak senonoh di photobooth sebuah pusat membeli-belah, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen.
Pelbagai nama pelakon dikaitkan warganet di media sosial, termasuk Hazeeq.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hujung minggu lalu, acara Hello Putrajaya berlangsung meriah apabila ribuan pengunjung memenuhi setiap ruang di Symphony East 3, IOI City Mall, Putrajaya.