Pengacara dan aktivis, Nur Heliza Helmi kini sedang bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan iaitu Misi Bantuan Kemanusiaan Rescue Syria.
Heliza juga sering berkongsi pengalmannya sepanjang berada di sana.
Lalu, Hal tersebut telah menarik minat pengacara dan model, Neelofa untuk terus sama membantu misi kemanusian dengan memberikan sumbangan kepada mangsa tersebut.
Ads
Perkara itu dikongsikan Heliza di Instagram Storiesnya menerusi perbualan melalui aplikasi Whatsapp.
Ads
Dalam perkembangan lain, Heliza turut berkongsi video dan gambar suasana di Syria yang teramat sejuk.
Tular di media sosial sejak semalam apabila hashtag #10YearsChallenge menjadi trending lalu turut dikongsi pengguna media sosial.
Lantas, ada yang telah berkongsi foto-foto throwback pada tahun 2009 dan membuat perbandingan terhadap gambar masa kini (2019).
Bagaimanapun, Pencetus Ummah (PU) Amin telah memberi teguran terhadap setiap posting yang dikongsikan setiap individu.
“10 tahun lepas . 10 tahun lepas mana reti nak ambil gamba elok elok . Tak ada potrait . Yang ada telefon kawan . 10 tahun lepas semasa tahun 1 di Al Azhar Mesir . Berat dulu 55kg , berat sekarang 58kg…
Dalam pada itu, Amin juga ada memberi nasihat agar setiap posting #10YearsChallenge tiada unsur yang membawa kepada keburukan.
“Tak salah nak throwback, tapi yang baik baik sahaja diceritakan l. Kisah silam yang tak baik haram diceritakan . Kerana Allah telah menutup keaiban diri kita , jangan kita sesekali membongkarnya,” jelas Amin.
Pelakon, Uqasha Senrose yang baru saja pulang dari menunaikan umrah beberapa lalu ada memuat naik satu posting menerusi Instagram
Kandungan kapsyen yang ditulis Uqasha antara baik berhubung dengan ucapan bersempena dengan tahun baru.
“Whatever happened over this past year , be thankful for where it brought you , where you are is where you’re meant to be . May this year be filled with magic and dreams , good and madness . Make a change , smile more , be excited . Do new things , throw away what you’ve been cluttering.
“Unfollow negative people on media social . Go to bed early , wake up early . Be fierce . DONT GOSSIP ! Show more gratitude and BE BRAVE . InsyALLAH Alhamdulillah amin,” tulisnya.
Terdahulu menerusi suatu temubual bersama Utusan Online, pelakon sitkom terkini berjudul Spana Jaya X yang bakal bersiaran di NTV7 Februari depan turut berkongsi, dia tidak mahu lagi terpalit dengan sebarang kisah sensasi.
Dalam erti kata lain, Uqasha tidak mahu membiarkan kisah sensasi tenggelamkan profilnya dalam seni.
“Cukup-cukuplah kontroversi dan kisah panas yang boleh menenggelamkan kerjaya seni. Saya mahu menguatkan hati untuk mengatakan tidak kepada perkara-perkara yang mungkin boleh merosakkan diri.
“Apa yang sudah berlaku bukanlah sesuatu yang patut disesali kerana ia banyak pengajaran. Kata orang, sebaik-baik ilmu itu adalah pengalaman. Saya minta maaf kerana pernah menjadi contoh tidak baik kepada masyarakat.
“Ketika itu saya belum matang dan mudah bertindak tanpa memikirkan dahulu apa akibatnya,” katanya.
Malah, dia juga tidak menafikan sehingga kini masih ada peminat yang masih meragui usahanya untuk menjadi individu yang lebih baik.
“Tidak dinafikan, sehingga ke hari ini masih ada dalam kalangan peminat yang meragui serta mempersoalkan diri tatkala mahu berubah menjadi baik.
“Saya tidak mahu berubah disebabkan mulut mereka, biarlah semuanya ikhlas kerana Allah,” jelas Uqasha.
Foto: Instagram Uqasha Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas selamat diijabkabulkan, anak sulung kepada penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris telah pun mengadakan majlis resepsi pada sebelah malamnya di Port Dickson, Negeri Sembila.
Mohd Aliff Haiqal Mohd Fauzi bersama isteri tercinta, Ezza Nafiesha Zakaria melangsungkan majlis resepsi pada 22 Disember lalu dalam suasana cukup tebal elemen adatnya.
Siap diarak dengan menaiki tandu, keduanya tampil sama cantik sama padan menerusi persalinan serba putih berperincian.
Penyanyi Dikir Puteri itu turut memberikan dedikasi terhadap produksi yang menjayakan majlis resepsi mereka. Jom ikuti beberapa foto majlis resepsi mereka.
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.