Pelakon dan penyanyi, Wani Kayrie menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana telah memberikannya kesempatan memiliki sebuah kereta baharu jenis Mercedes-Benz CLA180 yang dianggarkan berjumlah hampir RM200,000.

Menurut Wani atau nama sebenarnya Syazwani Syafirah Abdullah, kejayaan tersebut merupakan hasil kerja keras siang dan malam sepanjang bergelar anak seni selama ini.

“Hasil Titik Peluh Kerja Pagi Balik Pagi, Sampai Sakit,” – Wani Kayrie ‘Angkat’ Kereta Baru, Jenis Mercedes-Benz CLA180

Malah, dia juga sememangnya sudah lama memasang impian untuk memiliki sebuah kereta sendiri untuk kegunaan harian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WANI KAYRIE (@wanikayrie)

“Self reward for 2022. Alhamdulillah terima kasih atas rezeki ini Ya Allah. Lama mengidamkan untuk ada kereta sendiri bagi urusan harian.

IKLAN

“Hasil titik peluh kerja pagi balik pagi, back to back kerja sampai sakit. Semoga dengan hadiah ini menjadikan diri ini untuk lebih kuat berusaha mencari rezeki dan memberi ke depannya. Truly, trust the beautiful process of life,” tulisnya.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Jangan Terlepas Pandang itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Hasil Titik Peluh Kerja Pagi Balik Pagi, Sampai Sakit,” – Wani Kayrie ‘Angkat’ Kereta Baru, Jenis Mercedes-Benz CLA180 “Hasil Titik Peluh Kerja Pagi Balik Pagi, Sampai Sakit,” – Wani Kayrie ‘Angkat’ Kereta Baru, Jenis Mercedes-Benz CLA180

Dikesempatan itu juga, Wani turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah mendoakan kejayaannya selama ini.

IKLAN

Tambahnya lagi, dia berharap agar pencapaiannya ini akan membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk terus gigih dalam bekerja selepas ini.

“Terima kasih semua yang sentiasa menyokong dan mendoakan. Di sebalik kejayaan Wani, terselitnya doa-doa dari anda semua.

“Semoga yang baik-baik saja untuk kalian. Thank you mama @kaysabah for the surprise. Thank you @ju.cars memudahkan urusan saya. Much love. Pssst.. ada yang nak sponsor wrap kereta tak?,” ujarnya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan Wani akan terus sukses lagi selepas ini.

“Hasil Titik Peluh Kerja Pagi Balik Pagi, Sampai Sakit,” – Wani Kayrie ‘Angkat’ Kereta Baru, Jenis Mercedes-Benz CLA180 “Hasil Titik Peluh Kerja Pagi Balik Pagi, Sampai Sakit,” – Wani Kayrie ‘Angkat’ Kereta Baru, Jenis Mercedes-Benz CLA180

Terhadulu, Wani baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul Jangan Terlepas Pandang yang juga merupakan lagu runut bunyi bagi drama terbaru terbitan Astro bertajuk Dukun Diva.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Wani Kayrie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI