Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan dia lebih selesa untuk berbincang terlebih dahulu bersama suaminya yang juga merupakan penyanyi serta pelakon, Aliff Aziz sebelum bersetuju untuk membintangi sesebuah karya.
Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, sebagai seorang yang bergelar isteri, ada banyak aspek yang harus difikirkan sebelum memberikan kata putus.
“Sebelum ini, saya ada terima beberapa tawaran untuk berlakon tapi bila berbincang dengan Alif, dia selalu kata saya kena teliti dahulu setiap watak dan pilih mana yang sesuai untuk saya.
“Alif juga ada bagitahu, kita tak boleh nak terima sahaja semua jenis tawaran yang diberikan kerana skrip juga memainkan peranan. Ditambah pula status saya sebagai isteri orang.
“Walaupun orang selalu cakap bila bergelar pelakon, kita kena bersikap profesional. Saya tak nafikan tapi kalau watak itu keterlaluan, saya kena fikir banyak pihak dan aspek.
“Anak saya juga sekarang dah pandai menonton tv jadi, saya kena pilih watak yang sesuai untuk tontonan umum,” katanya kepada MH.
Ads
Bella yang kini muncul menerusi drama terbaru, Aku Tanpa Cintamu akui watak yang dimainkannya ketika ini sememangnya sarat emosi dan jauh berbeza dengan naskah-naskah yang pernah dilakonkannya sebelum ini.
Namun, dia bersyukur kerana mendapat bimbingan penuh daripada para pelakon senior dan pengarah.
“Bila pertama kali diberikan skrip, saya agak gementar kerana sebelum ini, saya tak pernah berlakon drama berat seperti ini. Kebanyakkan drama saya bergenre komedi atau kisah cinta yang lebih santai.
“Mulanya memang berat nak terima tapi bila sampai di set, saya dapat bimbingan terus daripada para pelakon lain seperti Abang Zamarul dan Datuk Eizlan Yusof.
Ads
“Saya bersyukur kerana dikelilingi orang-orang yang tidak pentingkan diri sendiri. Semuanya saling membantu. Bila ada yang kena perbaiki, mereka akan tegur. Saya tak rasa keseorangan dan tak stress bila di set,” kongsi lagi.
Dalam pada itu, Bella turut mendedahkan komunikasinya bersama Zamarul hanya akan tertumpu ketika di set sahaja dan tidak terbawa-bawa sampai ke luar.
Katanya lagi, sekiranya dia ingin memesan sesuatu kepada Zamarul, dia akan berhubung terlebih dahulu dengan isterinya yang juga merupakan pelakon, Diana Rafar.
Ads
“Sepanjang berlakon drama ini, saya dan Abang Zamarul tidak pernah berbalas mesej tentang perkara tak penting. Komunikasi kami banyak di set sahaja. Kalau belanja makan pun, semuanya bersama team produksi.
“Kalau saya harus mencari Abang Zamarul, saya akan cari Kak Diana dulu. Saya tak la cakap semua kena jadi seperti saya tapi saya harap perkara-perkara seperti ini akan dipraktikkan juga oleh pelakon-pelakon lain.
“Kita kena ada rasa hormat. Saya memang segan kalau berhubung dengan Abang Zamarul bila di luar set. Saya cuma tak nak timbulkan suasana yang tak selesa,” akhirinya.
Drama ini sudah mula ditayangkan sejak 15 September lalu di slot Samarinda, TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hari ini menandakan sudah 64 tahun Malaysia merdeka dari cengkaman penjajah. Seiring dengan usia yang melebihi enam dekad ini, sudah banyak pahit dan manis negara ini lalui sebagai sebuah negara berdaulat.
Pembangunan dan juga keharmonian yang berjaya dikekalkan dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dan penuh kepelbagaian. Tidak kiralah Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan suku kaum lain di negara ini, kita meraikan perbezaan itu dengan saling menghormati.
Seiring dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu Malaysia Prihatin, Media Hiburan bersama-sama dengan jenama portal lain seperti Remaja dan Keluarga turut serta menyemarakkan semangat kemerdekaan sepanjang bulan Ogos ini menerusi kempen ‘Kita Malaysia’.
Ramai rakan selebriti berkongsi pengertian apakah maksud ‘Kita Malaysia’ bagi diri mereka sempena kempen ini. Dayang Nurfaizah, Uyaina Arshad dan Zulin Aziz antara yang menyumbang pesanan dan pendapat bernas mereka.
Menurut penyanyi bersuara emas anak, “Bagi Dayang, Kita Malaysia adalah apabila rakyat Malaysia bersatu padu, sentiasa memberikan sokongan di antara satu sama lain. Menyebarkan kasih sayang dan juga sikap yang positif.”
Manakala Uyaina pula berpendapat, “Kita Malaysia adalah kebanggaan, rasa kasih dan sayang, keikhlasan dan usaha kita bersama utk melihat dan menjamin masa depan yang lebih baik untuk Malaysia. Kita Malaysia adalah rasa cinta untuk tanah tumpahnya darahku.”
“Bagi saya kita Malaysia ni duduk dalam satu negara yang pelbagai kaum dan pelbagai agama janganlah kita bersikap rasis. Kita perlu bersatu padu lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik yang melanda negara. Kita jangan hanya nak bantu kaum kita sahaja. Barulah kita oleh menggunakan hashtag Kita Jaga Kita. Selamat Hari Kebangsaan buat semua pembaca Media Hiburan,” ujar selebriti serba boleh ini.
Daripada kami di meja editorial, Selamat hari Kebangsaan kami ucapkan kepada semua pembaca setia Media Hiburan. Jaga diri anda dan jangan lupa mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi melindungi diri kita dan juga masyarakat sekeliling agar imuniti kelompok berjaya dicapai.
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberikan reaksinya susulan komen segelintir netizen yang mendakwa dirinya tiada ‘job’, hanya disebabkan sering buat tutorial teknik solekan dalam media sosial.
Berbaik sangka dan kekal profesional menerima komen yang sedemikian, penyanyi lagu Dialah Di Hati ini menyifatkan individu yang membuat komen negatif mungkin tidak mengikuti perkembangan terkininya.
“Ya, saya baru baca semalam dan memang kelakar. Mungkin tak tahu yang saya baru selesai mengadakan konsert atau mungkin juga dia baru keluar daripada tempurung,” katanya, petik Berita Harian.
Malah Siti turut percaya komen, seperti itu kebiasaannya ditulis oleh mereka yang belum matang fikirannya.
“Mungkin yang tulis budak-budak sekolah. Biasanya, orang macam itulah tiada benda nak disentuh.
“Tak mengapa, ia tak tinggalkan kesan pun. Kita maafkan sahaja dia,” ujarnya.
Terdahulu, seorang pemilik akaun platform X mendakwa ada netizen yang seolah-olah panas hati dan mentertawakan penyanyi tersebut kerana sering mempromosikan produk kecantikannya, SimplySiti dan BeauSiti ketika membuat sesi live di media sosial.
Anak tiri Siti, Asyraf Khalid juga sebelum ini turut memberikan reaksinya, sekali gus membidas tuduhan tidak berasas tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah dan penerbit, Michael Ang berkesempatan mengambil swa-foto bersama artis kesayangannya, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika diundang sebagai Juri Pedas, di program Big Stage 2022 yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Michael meluahkan rasa teruja apabila dapat bertemu empat mata dengan penyanyi yang sinonim dengan lagu Jerat Percintaan itu.
Pada masa sama, Michael menyifatkan Siti atau lebih mesra dengan sapaan Tok Ti sebagai seorang penyanyi yang sentiasa merendah diri, cantik dan memiliki suara yang lunak.
Tambah Michael lagi, dia tidak akan melepaskan peluang dan akan sentiasa meminta untuk mengambil swa-foto setiap kali bertemu dengan Tok Ti.
“Salam semua. The best part of todays evening kat #bigstage2022 adalah dpt ambik selfie dgn my fave singer in malaysia DATUK Siti.
“Ni la satu satu artist malaysia Kalau dapat jumpa I will ask for selfie. She is just plain humble beautiful n has a voice of a nightingale! Luv u mak et!,” tulisnya.
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini,...