Individu yang paling gembira di atas pernikahan Mas Idayu dengan suaminya, Sufian Che Isa sudah tentulah anak tunggal kepada penyanyi dangdut tersebut iaitu Nur Dayini Asyiqah.

Menurut Dayini atau nama sebenar, Nur Dayini Asyiqah Raja Aman Shah, 24, dia gembira akhirnya ibunya sudah bertemu peneman hidup selepas 16 tahun bergelar ibu tunggal.

Mengakui sebelum ini dia sangat sukar untuk menerima kehadiran mana-mana lelaki dalam hidup ibunya, namun hatinya terbuka selepas melihat Sufian yang mempunyai ciri-ciri seorang bapa yang baik.

Anak Gadis Mas Idayu Terbuka Terima Sufian Sebagai Ayah Baru; “Daddy Berusaha Ambil Hati Saya.”

“Berbanding kenalan-kenalan lelaki mummy sebelum ini, saya tidak begitu berkenan kerana seperti tidak boleh ‘ngam’ dengan mereka.

“Tetapi daddy (panggilan untuk Sufian) memiliki sifat kebapaan yang boleh mengubati kerinduan saya terhadap papa.

IKLAN

“Daddy juga seorang yang baik, ramah dan berusaha untuk mengambil hati saya,” katanya kepada MH.

Dayini ditemui pada majlis akad nikah Mas Idayu dan Sufian yang berlangsung di Magica Event Hall, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Turut sama sebak dan mengalirkan air mata saat ibunya sah diijabkabulkan, Dayini berkata menangis kegembiraan kerana ibunya kini sudah ada teman untuk bercerita dan mengadu masalah selain dirinya.

IKLAN

Anak Gadis Mas Idayu Terbuka Terima Sufian Sebagai Ayah Baru; “Daddy Berusaha Ambil Hati Saya.”

“Saya tak boleh tengok mummy menangsi sebab saya tahu bagaimana keadaan dia ketika berseorangan.

“Selama beberapa tahun ini memang dia keseorangan, hanya ada saya sahaja… memang kami hidup berdua tanpa orang lain.

IKLAN

“Melihat dia menangis di hari bahagia membuatkan saya turut berasa sebak,” katanya lagi yang turut teruja dengan pertambahan dua adik-beradik baharu iaitu anak Sufian hasil perkahwinan terdahulu.

Untuk rekod, Dayini merupakan anak daripada perkahwinan terdahulu Mas Idayu dengan pelakon Aman Graseka.

Mereka berkahwin pada 1997 namun telah disahkan bercerai pada 2006.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI