Umat Islam sangat digalakkan untuk belajar fardu kifayah termasuklah cara-cara pengurusan jenazah yang dapat memberikan kebaikan buat semua.

Menyedari hal itu, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mengambil inisiatif dengan menghantar anak-anaknya ke kelas pengurusan jenazah baru-baru ini.

Yang menariknya, dalam kelas tersebut, Fazley sendiri yang menawarkan diri untuk berlakon menjadi jenazah bagi tujuan tersebut.

“Petang ni (Sabtu), kelas praktikal mandi jenazah anak-anak saya dengan ustaz mereka.

“Ustaz tanya sama ada nak tengok video atau penerangan sahaja.

“Saya cakap, buat je latihan betul-betul, then ustaz tanya jenazah kita buat macam mana, patung ke? Saya cakap, “takpe biar saya jadi jenazahnya, satu hari nanti nak kena buat betul-betul juga kan?” tulis Fazley di ruangan kapsyen.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan didikan Fazley yang menerapkan keseimbangan pembelajaran dunia dan akhirat buat anak-anaknya.

“Allahuakhbar, anak-anak perlu didedahkan ilmu ini. Seorang bapa yang sangat prihatin.

“Terbaik Datuk. Walaupun terasa sebak, saya rasa tindakan Datuk memang bijak. Bertuah anak-anak.

IKLAN

“Betul setuju, bagi anak-anak uruskan jenazah ayah sendiri. Suatu masa nanti supaya tak perlu suruh orang lain yang buat.

“Alhamdulillah, belajar dan sama-sama mengajar anak-anak.

“Nanti share lah video mandikan jenazah tu ya,” komen sebahagian netizen.

IKLAN

Untuk rekod, Fazley mendirikan rumah tangga dengan Datin Azrene Soraya Abdul Aziz pada 7 November 2006.

Hasil perkahwinan, Fazley dan isteri dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 14, Ahmad Fieradz Shah, 13, Ahmad Firudz Shah, 11, dan Alayna Selma, 5 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Datuk Fazley Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI