Pastinya menjadi tanda tanya mengenai jantina anak setiap kali hamil bagi ibu-ibu mengandung. Namun, lain pula ceritanya dengan Fiza Abd Halim.

Fiza yang kini sarat mengandung anak ketiga berusia 7 bulan telah berkongsi gambar di akaun Instagramnya itu.

“Dato Dr.N Sivamohan…my all time fav doctor…Dari anak pertama until anak ketiga,semua with him.Very nice & joker person… Td masa scan,doc cakap ‘Your baby always praying’so xbole buat 4D…x nampak muka…sentiasa bersujud..

 

In shaa allah due date hujung bln Sept…Hope everything goes well… Tq doc,for take good care of me,”tulisnya. 

Meskipun bayi dalam kandungan masih tidak kelihatan, namun Fiza berharap agar kandungannya berada dalam keadaan baik dan sihat.

IKLAN

Netizen juga tidak putus-putus memberi semangat kepada bekas anggota kumpulan Elite itu untuk menjaga kesihatan diri dan kandungannya.

Hamil 7 Bulan, Kandungan Fiza Halim Masih Tidak Nampak, Ini Jawapan Doktor Pakar Hamil 7 Bulan, Kandungan Fiza Halim Masih Tidak Nampak, Ini Jawapan Doktor Pakar Hamil 7 Bulan, Kandungan Fiza Halim Masih Tidak Nampak, Ini Jawapan Doktor Pakar Hamil 7 Bulan, Kandungan Fiza Halim Masih Tidak Nampak, Ini Jawapan Doktor Pakar

IKLAN

Difahamkan, Fiza akan melahirkan bayinya pada akhir bulan September depan.

IKLAN

Fiza dan suaminya, Aizat yang juga duda anak dua mendirikan rumah tangga pada Disember 2016 dan masing-masing memiliki anak daripada perkahwinan lalu.

Fiza memiliki dua orang cahaya mata iaitu Ferra Aryanna dan Feeya Adyrra manakala suaminya, dua anak lelaki.

Foto : Instagram Fiza Abd Halim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI