Penyanyi dan komposer Hael Husaini memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai hantaran yang tular di aplikasi TikTok mendakwa dia telah bertunang bersama penyanyi, Dayang Nurfaizah.
Menurut Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, selagi perkara itu bukan datang daripada dirinya sendiri, tiada apa yang perlu diperdebatkan.
“Kalau diikutkan buat masa sekarang, apa sahaja video yang keluar itu, ia bukan datang daripada saya.
“Tiada apa yang nak dikongsikan saat ini. Sebagai seorang artis, kita perlu menghormati dan tidak boleh menghalang apa sahaja kehendak peminat-peminat kita.
“Saya raikan sahaja apa yang mereka inginkan. Saya tidak ambil hati. Saya hanya fokus dengan kerjaya dan buat yang terbaik untuk mereka yang menyokong saya,” ujarnya.
Hael menambah, fokusnya kini hanyalah terhadap album baharu, Antonim Part 2 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Hael ditemui sejurus showcase Antonim Night di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Petaling Jaya pada Sabtu.
Ads
Terdahulu sewaktu konsert berlangsung, buat pertama kalinya Hael berkongsi video teaser yang memaparkan tajuk-tajuk lagu yang bakal dimuatkan di dalam album berkenaan seperti ‘Kahwin’, ‘Peluk’ dan ‘Jari’.
Tiada Kena Mengena Dengan Soal Kahwin
Dalam pada itu, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) ini menafikan lagu-lagu tersebut sebagai ‘hint’ dia bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
“Saya hanya meraikan setiap momen indah. Saya suka bereksperimen. Sejak dahulu lagi, bagi mereka yang mengenali saya, saya ada lagu Kelentang Kelentung yang meraikan tentang kegembiraan.
“Saya ada lagu ‘Hari Ini’ yang berentak perlahan untuk hari perkahwinan. Kesemua lagu-lagu ini tidak bersifat peribadi. Ia lebih kepada saya meraikan semua acara yang ada di negara ini,” kongsinya lagi.
Ads
Turut ditanya sama ada wanita yang dipaparkan didalam video teaser tersebut ialah cinta hatinya, Hael mempunyai jawapan tersendiri.
“Itu tiada makna apa-apa. Video tersebut hanyalah sebagai ‘teaser’ untuk para peminat tahu apakah jenis-jenis lagu yang akan keluar nanti. Seperti contoh, lagu ‘Kahwin’ itu berkisarkan tentang keraian.
“Selalunya lagu-lagu perkahwinan ini agak syahdu. Namun, saya memilih pendekatan lagu yang lebih meraikan pasangan berkahwin.
Ads
“Saya nak perkahwinan itu jadi sesuatu yang menyeronokkan. Lagu ‘Peluk’ pula berkisarkan tentang hubungan jarak jauh dan terpisah lama.
“Lagu-lagu yang saya muatkan dalam Antonim Part 2 sangat menarik. Anda wajib dengar nanti,” akhirinya.
Sejak minggu lalu, tular di aplikasi Tik Tok foto yang memaparkan kononnya Dayang Nurfaizah sudah selamat bertunang dengan cinta hatinya.
Malah, rata-rata netizen menyifatkan individu tersebut ialah Hael Husaini susulan hubungan baik di antara mereka kebelakangan ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Eduarda Braum dinobatkan sebagai Miss Supranational 2025 dalam malam kemuncak pertandingan yang berlangsung meriah di Strzelecki Park Amphitheater, Poland, pada 27 Jun 2025.
Kemenangan tersebut mencatat sejarah buat Brazil apabila ini merupakan kali pertama negara Amerika Selatan itu merangkul gelaran tertinggi dalam pertandingan berprestij tersebut sejak ia diperkenalkan pada tahun 2009.
Eduarda, 23, yang berasal dari Espírito Santo, merupakan seorang model, pengacara dan aktivis sosial.
Beliau juga merupakan pengasas kepada sebuah inisiatif pendidikan yang dikenali sebagai Protagonistas do Amanhã, yang memberi motivasi dan bimbingan kepada pelajar sekolah awam di negaranya.
Persembahan Eduarda di pentas akhir memukau juri apabila beliau tampil penuh keyakinan dan karisma, sekaligus meletakkannya di kedudukan teratas dalam kalangan 66 peserta dari seluruh dunia.
Turut mencuri tumpuan malam itu ialah peserta dari Jerman, Anna Valencia Lakrini yang dinobatkan sebagai naib juara, manakala wakil dari Curacao, Quishantely Leito berada di kedudukan ketiga. Tempat keempat dan kelima masing-masing menjadi milik wakil Filipina, Tarah Valencia dan peserta dari Amerika Syarikat, Valerie A. Klepadlo.
Kesemua finalis mempamerkan prestasi yang mengagumkan, namun keputusan juri sebulat suara berpihak kepada Eduarda yang memperlihatkan kelebihan dari segi komunikasi, kehadiran pentas dan misi sosialnya.
Wakil Malaysia, Eshwinder Kaur Paramjit Singh atau lebih dikenali sebagai Eshwin Kaur bagaimanapun tidak berjaya mara ke peringkat Top 24 sekaligus menamatkan cabarannya lebih awal daripada yang diharapkan.
Beliau walau bagaimanapun, sebelum ini cemerlang meraih pengiktirafan menerusi gelaran Supra Model of the Year (Asia & Oceania), satu pencapaian yang meletakkan nama Malaysia dalam radar awal pertandingan tersebut.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merakamkan penghargaan kepada Pusat Tuisyen PTTI atas sumbangan tajaan sebanyak RM100,000 kepada kawasan Parlimen Muar.
Menurut Syed Saddiq, dana ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membantu pelajar kurang berkemampuan mengikuti kelas tambahan menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.
“Saya kena ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Cikgu Farhana dan pasukan PTTI atas sumbangan yang sangat besar.
“Pendidikan memang merupakan keutamaan anak-anak kita dan bukan semua ada kesempatan atau kemampuan untuk mendapat akses kepada kelas tuisyen yang berkualiti.
“PTTI sendiri telah membuktikan rekod prestasi yang sangat baik, malah antara terbaik dalam mendidik anak-anak untuk mencapai keputusan cemerlang,” katanya kepada MH.
Syed Saddiq berkata demikian ketika ditemui dalam majlis Roadtour Skor A+ SPM PTTI yang berlangsung di IDCC Shah Alam, pada Rabu lalu.
Dalam pada itu, Syed Saddiq turut menyatakan kerjasama sebegini sangat penting untuk memastikan akses pendidikan berkualiti tanpa mengira latar belakang pelajar.
“Bukan semua ibu bapa mampu menghantar anak ke kelas tuisyen fizikal, lebih-lebih lagi jika tinggal di kawasan pedalaman seperti Sungai Balang yang jauh dari pusat bandar.
“Inisiatif pendidikan dalam talian dan bantuan seperti ini amat penting untuk anak-anak kita ‘catch up’ dan mengurangkan jurang pendidikan,” katanya lagi.
Sementara itu, menerusi Majlis Roadtour Skor A+ SPM PTTI, menyaksikan kehadiran hampir 4,000 calon SPM dari seluruh negara.
Program ini direka khas untuk membakar semangat para pelajar dengan bimbingan secara bersemuka daripada Pakar SPM PTTI.
Kehadiran Syed Saddiq dan penyanyi serta pelakon Bella Astillah turut mencuri tumpuan apabila mereka berkongsi kata-kata motivasi dan kisah peribadi sebagai inspirasi buat para pelajar.
Program tersebut berlangsung dengan meriah dan penuh semangat.
Antara personaliti lain yang turut memberikan sokongan termasuklah MK K-Clique, Iman Troye, Zaki Yamani, Nabila Razali, Space Dollah, Asyraf Khalid dan ramai lagi.
Sekaligus, ia menjadikan acara ini bukan sahaja sebagai medan ilmu, malah sebuah pengalaman berharga bagi semua yang hadir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas bergelar ibu, pelakon dan usahawan Datin Intan Najuwa mengakui dirinya kini lebih berhati-hati dan peka.
Malah dia juga mengalami keresahan melampau terutama apabila perlu menaiki kenderaan bersama cahaya matanya, lebih-lebih lagi ketika bercuti.
“Tahap keresahan saya nak melancong dengan anak makin menaik.
“Bila naik kereta dan kapal terbang, semua saya paranoid. Paranoid melampau. Risau macam-macam benda,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Malah, suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman turut memainkan peranan penting dalam menenangkan dirinya setiap kali perasaan risau itu muncul.
“Sampai suami suruh bertenang sikit. Beginilah jadi mak-mak ya.
“Mungkin saya perlu bertenang dan nikmati perjalanan ketika melancong. Tak perlu nak terlalu fikir sangat,” tambahnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan moral dan menyifatkan perasaan yang dialami oleh Intan adalah sesuatu yang normal bagi seorang ibu baru.
“Lama-lama nanti awak akan jadi terbiasa. Jadi seronok pula nak bawa anak melancong. Good luck.”
“Faham sangat-sangat. Kita bila dah jadi mak ni memang akan kuat overthink risau anak itu ini. Tapi apa pun sentiasa berdoa supaya semua baik-baik sahaja.”
“Tak mengapa sayang, normal sahaja bila rasa macam tu. Ia bagus kerana akan jadi lebih hati-hati dengan persekitaran.”
“Tak mengapa ibu. Ikut sahaja perjalanannya. Tak cuba tak tahu. Anak pertamalah yang ajar kamu banyak perkara,” antara komen positif yang ditinggalkan netizen.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan Azraf pada 18 Ogos 2023 dan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Imane Lunara, yang dilahirkan pada 15 Disember lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.