Kumpulan Elite banyak menerima kritikan daripada netizen sejak minggu pertama di Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) malah kelihatan ramai yang ‘berpuas’ hati apabila grup itu diumumkan tersingkir minggu lalu.

Kisahnya, salah seorang ahli kumpulan itu iaitu Azza, berkongsi komen netizen yang agak ‘biadap’ mengkritik grup itu.

“Haa Tepok…,” Netizen Biadap, Ini Respon Elite Bila Ada Yang Kecam

“Dah layak tersingkir tu tersingkir je laa terima je laa hak alahh nak merayu hegeh2 pulak nak serap balik. kesiannya tak layak pun kena serap balik…sorry to say,” tulis individu tersebut.

IKLAN

Azza menerusi kapsyennya pula hanya mengatakan bahawa dia hanya mampu bersabar dengan kritikan-kritikan tersebut.

“Haaa tepokkkkk. klako pun ada . tp itu lah saya mampu ucap alhamdulillah seronok tau..bnyk pahala kami.

“maklum saja la sebagai manusia kita bnykkan bersabar.. Besar ganjaran bg hambanya yg sobar.. Adala kebaikan yg kami buat Allah bg pahala percuma ni..masyaAllah..Tabarakallah.

IKLAN

“#hasbunallahwanikmalwakil #lahawlawalaquwwataillabillah semoga Allah melahirkan rasa kasih sesama hamba.

“ps : tidak mengapa .. adik ini mungkin tidak mengenali siapa kami .. semoga Allah memberi rasa syg terhadap sesama hambanya.. #janganbimbangAllahada #kitachillaje #muhasabahdiri #mungkinapayangdiakatabetul #mohlakitamuhasabah #kitatuliselokelokadafakeigtulisktkitapelikpelik,” tulisnya.

IKLAN

Sebelum ini, Elite yang dianggotai oleh Azza, Shasha Saidin dan Diana Rafar harus akur apabila menjadi peserta kedua tersingkir selepas Safura minggu terdahulunya.

Foto/Instagram: Azza Elite

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI