Rancangan hiburan realiti popular, Gegar Vaganza (GV) bakal kembali dengan musim ke-10.

Ternyata kekuatan pada IP program ini tidak dinafikan menerusi pemintaan tinggi daripada peminat-peminat seni hiburan tanah air.

Dengan kembalinya rancangan yang melahirkan semula kerjaya-kerjaya penyanyi-penyanyi terdahulu seperti Aliff Aziz (GV8), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Hady Mirza serta Naqiu (GV6) dan ramai lagi, rancangan realiti ini membuktikan kepentingannya dalam memangkin semula kerjaya para penggiat seni tanah air dan serantau.

Bersempena dengan 10 tahun GV dan Astro menghadiahkan buah tangan khas buat para penonton, GV Roadshow 2023.

Siri jelajah bakal menjelajah ke 4 lokasi di 4 negeri iaitu Kuantan Pahang, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan di salah sebuah negeri di utara Malaysia, khas buat peminat Gegar Vaganza yang sentiasa memberikan sokongan padu sepanjang 9 tahun bersiaran.

GV Roadshow 2023 akan ke lokasi-lokasi tersebut bermula 10 Ogos untuk membolehkan peminat- peminat menyaksikan penyanyi-penyanyi kegemaran mereka beraksi secara langsung serta berpeluang bertemu dengan mereka.

IKLAN

Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh berkata, Astro mahukan yang terbaik untuk setiap signature yang kami terbitkan.

“Gegar Vaganza bagaikan nadi kepada sajian hiburan kami yang dinanti-nantikan oleh para penonton kami. Sebelum kembalinya musim kesepuluh nanti, pihak

“Astro mahu membawakan Gegar Vaganza kepada para peminat di beberapa buah negeri termasuk Pahang, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan di sebuah negeri di utara Malaysia yang akan diumumkan kelak.

IKLAN

“GV Roadshow 2023 ini bagaikan merealisasikan impian kami dalam merapatkan silaturrahim antara para peminat dan penyanyi-penyanyi tersohor Malaysia. Kami berharap pengalaman bersua dengan bekas peserta Gegar Vaganza tidak akan dilupakan nanti.

“Kami turut teruja dengan sokongan para penaja kami yang sentiasa memberikan kepercayaan kepada Astro. Saya ingin ambil kesempatan untuk meluahkan setinggi-tinggi penghargaan kami kepada Farm Fresh yang kembali sebagai penaja utama Gegar Vaganza,” katanya.

GV Roadshow 2023 akan berlangsung di Tasek KotaSAS, Kuantan, Pahang pada 12/08/2023; Puteri Harbour, Johor Bahru pada 26/08/2023, Kuala Lumpur dan juga di salah sebuah negeri di utara Malaysia yang akan diumumkan nanti.

IKLAN

Bintang-bintang Gegar Vaganza seperti Wann, Elyana, Dina Nadzir, Aweera, Tom, Fuad Rahman, Sham Visa dan ramai lagi bakal menyerikan pentas GV Roadshow 2023 kelak.

Selain itu, Jamming with the Stars, Showcase istimewa barisan bintang Gegar Vaganva dari musim pertama hingga ke sembilan akan menemui para peminat setiap Khamis bermula 17 Ogos sehingga 17 September pada pukul 9 malam sehingga 10 malam  di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Nama-nama yang bakal membuat persembahan termasuk Jaclyn Victor, Aliff Aziz, Naqiu, Noryn Aziz, Dina Nadzir dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI