Perasaan pelakon dan penyanyi, Wani Kayrie bercampur baur apabila bakal menamatkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Perdagangan, di Management & Science University (MSU), Shah Alam, tidak lama lagi.
Berkongsi mengenai sijil Anugerah Dekan yang baru diterima, Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah memberitahu dia kini hanya perlu menyiapkan satu tugasan akhir sebelum memulakan program latihan industri pada tahun hadapan.
“Keputusan anugerah dekan tersebut daripada sesi Februari 2022. Saya baru ada kesempatan untuk mengambil sijil berkenaan baru-baru ini.
“Bagaimanapun, pengajian saya telah pun berakhir dan kini hanya tinggal satu lagi tugasan akhir yang perlu disiapkan. Kemudian, saya hanya perlu menunggu keputusan peperiksaan dan sertai latihan industri.
“Saya pasti akan merindukan rakan-rakan dan pensyarah sepanjang pengajian saya di sini. Momen-momen menyelesaikan tugasan pada saat akhir juga tidak akan saya lupakan,” katanya ketika dihubungi MH.
“Saya akan menjalani latihan industri selama enam bulan. Namun, saya belum membuat sebarang keputusan mengenai tempat yang bakal dipilih.
“Sudah tentu saya akan buat yang terbaik dan berikan fokus 100 peratus semasa menjalani latihan industri. Sebolehnya saya mahu mencari syarikat yang boleh mempertimbangkan mengenai jadual kerja saya.
Ads
“Saya merancang untuk menjalani latihan industri di syarikat yang punyai bahagian perundangan dalam bidang ‘dunia hiburan’ kerana ia amat dekat dengan jiwa saya sebagai anak seni.
“Syarikat rakaman saya pun ada menawarkan untuk menjalani latihan industri bersama bahagian perundangan mereka. Apapun, saya akan tetap gunakan cara lama dengan mencuba menghantar resume sebanyak yang boleh,” ujarnya lagi.
Ditanya adakah sama ada terfikir untuk menyambung pengajiannya di peringkat master pula, Wani tidak menolak sekiranya ada peluang.
“Sejujurnya saya amat lega selepas berakhirnya semua semesta di universiti. Setidaknya saya dapat berehat sekejap selepas hampir tiga tahun berhempas pulas mengimbangkan diantara kerjaya dan pelajaran.
Ads
“Namun, saya juga punyai perancangan untuk menyambung pengajian di peringkat master kerana pada saya, bidang perundangan ini sangat luas. Rasanya ada banyak lagi ilmu-ilmu yang saya boleh dalami.
“Jika diberikan kesempatan, sudah tentu saya akan pertimbangkan,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Wani kini bersaing di dalam program realiti, Famili Duo bersama gandingan keluarga, Bella Astillah.
Penampilan terkini usahawan yang kini sedang hamil tiga bulan, Eriyca Baiduri mencuri perhatian wargamaya apabila figuranya itu yang dirakam secara kandid telah dikongsikan di platform TikTok, pada Selasa.
Menerusi akaun Tik Tok tersebut, ia merakamkan Eriyca yang sinonim disapa sebagai Madammu sedang bercakap dengan seseorang sebelum berpaling ke arah lensa yang merakamkan dirinya.
“Wah comelnya Madammu,” tulis kapsyen pada akaun perniagaannya, Noir Health & Beauty itu.
Menerima hampir 700,000 kali tontonan, ruangan komen pada klip video terbabit dibanjiri dengan ucapan tahniah serta ada di antara pengguna Tik Tok yang saling berkongsikan pengalaman.
“Cepat betul perut dia dah naik, aku pulak excited haha.”
“Madam berapa bulan. Saya lima bulan tak nampak sangat baby bump huhu.”
“Mesti lawa anak Madam dengan TP sebab anak TP pun cantik, handsome.”
“Comey Madam preggy.”
“Ala cute laa. Semoga dipermudah semuanya ya Madam.”
“Comelnya Madam. Semoga Madam dengan baby sentiasa sihat, Aamin.”
Terdahulu, pasangan ini akhirnya dimakbulkan doa bakal dikurniakan cahaya mata sulung bersama selepas tujuh tahun penantian.
Bukan satu rahsia lagi, usahawan jelita itu juga sebelum ini secara terbuka berkongsi perjalanannya melakukan in vitro fertilization (IVF) di media sosial miliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak menempa populariti, personaliti media sosial, Ryan Bakery mengakui dia pernah melalui ‘detik hitam’ apabila pernah ditipu sebanyak ratusan ribu ringgit selepas selesai membuat kerja atau review yang dituntut oleh pihak client.
Menurut Ryan atau nama sebenar, Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27, sedikit sebanyak perkara itu membuatkan dia mempunyai ‘trust issue’ dan sebagai langkah berjaga-jaga, dia kini telah mengambil seorang pengurus yang akan menggendalikan segala perkara berkaitan kerja-kerja review dan juga lakonan.
“Saya dah banyak kali kena tipu fasal duit… rasaya hampir ratusan ribu juga saya rugi bila pengasas produk cabut lari selepas video review dah siap dibuat. Ada juga yang buat pembayaran lambat seperti dijanjikan. Bagaimanapun, saya halalkan saya semua itu… malas nak panjangkan cerita.
“Disebabkan perkara itu, saya kini jadi lebih berhati-hati dan sekarang saya sudah ada pengurus yang akan mengurus dan mengatur segala kerja-kerja saya selepas ini,” katanya kepada MH.
Ryan ditemui pada majlis sidang media Anugerah Gempak Most Wanted 2022 (GMWA2022) yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.
Menurut Ryan lagi, disebabkan insiden pernah ditipu itu, ia membuatkan dirinya kini lebih berhati-hati dalam mempercayai orang lain sehingga membuatkan dia pernah berada dalam fasa tidak ingin mengangkat panggilan telefon daripada mana-mana pihak sebelum ini termasuk daripada media sendiri.
“Pertama sekali, saya memang nak minta maaf sangat lebih-lebih lagi kepada pihak media. Saya tahu ada yang kata saya ini sombong.
“Disebabkan pernah kena tipu, saya jadi susah nak percaya orang dan berhati-hati menjawab panggilan. Saya minta maaf kepada mana-mana pihak yang terasa,” katanya lagi.
Sementara itu menerusi GMWA2022, Ryan yang cukup dikenali dengan konten video nostalgia kanak-kanak ini tercalon dalam kategori Digital Content Creator Tergempak bersama empat pesaing lain iaitu Khairul Aming, Syahmi Sazli, Namie dan Mek Yun.
Sebelum ini pelakon Siti Saleha secara terbuka mengakui kepada pihak media bahawa dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki berdarah kacukan seperti dirinya.
Terbaharu menerusi laman Instagram miliknya, Saleha atau nama sebenar, Siti Saleha Mohd Baharum, 32, ada berkongsikan dua fotonya bersama seorang jejaka kacak lengkap bersut dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini.
“Thank you for having us @cittabellamalaysia. Congratulations on 25 years,” tulis Saleha ringkas di ruangan kapsyen.
Walaupun tidak meletakkan sebarang kenyataan lanjut mengenai jejaka di sebelahnya itu namun rata-rata netizen menebak itu adalah teman lelaki baharu Saleha seperti yang dikatakan kepada pihak media sebelum ini.
Menjenguk di ruangan komen, rakan-rakan selebriti turut mengusik dan merasa gembira untuk Saleha yang dikatakan sudah bertemu orang baharu dalam hidupnya.
“Yeay the cat is out of the bag! (Yeay, akhirnya tidak lagi berahsia),” komen pengacara, Awal Ashaari.
“Happy for you sis,” coret Hunnymadu.
“Good looking couple,” titip pelakon Susan Lankester.
Jejaka berkenaan adalah seorang pereka fesyen, Joshua Fitton yang mempunyai empayar perniagaan fesyen, Atelier Fitton.
Sekadar info, Saleha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penjawat awam, Ahmad Lufti Azhar pada 2017 namun hubungan mereka tidak kekal lama apabila disahkan bercerai pada 17 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Siti Saleha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...