Sebagai seorang manusia kita seharusnya menerapkan sifat kasih dan sayang sesama manusia malah bukan manusia sahaja tetapi kepada haiwan juga kerana ada masanya haiwan juga memerlukan pertolongan dan perhatian daripada kita.

MH puji sikap seorang pelakon dan penyanyi, Izzue Islam yang baru-baru ini telah menyelamatkan dua ekor anjing yang terperangkap di dalam longkang.

Hal ini dikongsikan oleh Izzue sendiri menerusi satu video di akaun Instagramnya.

“kesian anak anjing ni, mana mak diaa?? ?,” tulis Izzue di ruangan kapsyen.

Tersentuh hati MH melihat betapa mulianya hati Izzue untuk menyelamatkan anak-anak anjing tersebut.

IKLAN

Rata-rata pengikut dan peminat Izzue juga rata-ratanya dilihat memuji sikap artis kesayangan mereka ini.

zakiahrazali: Sikap terpuji ni laaa yang patut kita amalkan ..Terima abang @izzueislam …???

dellayusri93: Respect @izzueislam terima kasih izzue. Dari situ dah boleh Tau macam Mana sikap awak. Terbaikkklahhh.

IKLAN

firdaus_naiem: Gua respect lu bro…

pijo189: walau ape pon kita tolong allah sentiasa melihat tak kira haiwan mcm mana ia tetap seruan allah jgk… terbaik @izzueislam ??

MH harap sikap murni Izzue ini dapat dicontohi oleh semua orang di luar sana.

IKLAN

Walaupun kita sudah sedia maklum bahawa anjing adalah haiwan yang tidak boleh dipegang oleh orang Islam namun jika berada di dalam keadaan yang memudaratkan tidak salah untuk kita membantu mereka kerana ianya juga adalah makhluk ALLAH SWT namun bahagian badan yang menyentuh haiwan ini haruslah disamak semula.

MH juga puji Izzue, di mana dia seboleh-bolehnya cuba membantu tanpa menyentuh anjing tersebut dan akhirnya ada dua individu yang juga mempunyai hati yang mulia membantu Izzue untuk mengangkat anjing itu.

Dalam hidup ini, kita harus terapkan sifat bantu membantu, sayang menyayangi agar hidup kita lebih indah dengan dikelilingi aura positif.

Sumber: Instagram Izzue Islam

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI