
Usahawan dan personaliti media sosial, Muhammad Asyraf Khalid berhasrat melahirkan generasi muda berjiwa kepimpinan menerusi platform Madani Future Leaders 500, di bawah naungan Madani Research Centre (MRC).
Program nasional ini menghimpunkan 500 pelajar terbaik dari seluruh negara untuk dibimbing secara dekat oleh tokoh-tokoh korporat, usahawan dan pemimpin industri sebagai usaha melahirkan barisan pemimpin masa depan yang berwibawa.
Menurut Asyraf, dia yakin anak muda hari ini memiliki potensi besar untuk menjadi pemimpin, asalkan diberi peluang dan bimbingan yang betul.
“Saya percaya setiap perubahan besar bermula dengan peluang.
“Generasi muda hari ini bukan kurang bakat, cuma mereka perlukan ruang untuk berkembang dan dibimbing dengan nilai yang betul,” katanya selepas pelantikannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Madani Research Centre (MRC), baru-baru ini.
Tambahnya lagi, melalui program tersebut peserta akan didedahkan kepada pengalaman dunia sebenar termasuk bimbingan kepimpinan, kemahiran komunikasi, serta pemikiran strategik.
“Saya mahu lihat lahirnya generasi pemimpin yang bukan sekadar bijak, tetapi juga berjiwa besar, berempati dan faham tanggungjawab membina negara,” tambahnya.
Pelantikan Asyraf diumumkan oleh Pengerusi MRC, Dr. Madhi Hasan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Azmi Mat Nayan, dengan dia diberi tanggungjawab menguruskan bahagian Penjenamaan dan Penglibatan Awam.
Artikel Berkaitan;
Asyraf Khalid Hanya Makan Daging Wagyu, Tak Lokek Belanja RM30,000 Buat Tetamu
“Duit Tak Ada Tak Apa..” – Asyraf Khalid & Tya Arifin Dedah Rezeki ‘Kahwin Muda’

Perjuangan Untuk Anak Istimewa
Selain fokus kepada kepimpinan belia, Asyraf turut menzahirkan komitmen memperjuangkan hak dan penerimaan kanak-kanak berkeperluan khas, termasuk penghidap autisme dan ADHD, menerusi Inisiatif Madani untuk Kanak-Kanak Keperluan Khas di bawah MRC.
Katanya, kanak-kanak istimewa wajar diberi peluang sama rata untuk mencapai potensi mereka dan tidak seharusnya dilihat sebagai golongan pinggiran.
“Saya percaya masyarakat Madani yang sejati ialah masyarakat yang menyantuni semua golongan, termasuk anak-anak istimewa.
“Mereka bukan sahaja perlu diterima, tetapi diraikan sebagai sebahagian daripada kekuatan dan warna kemanusiaan negara,” katanya.
Pelaksanaan inisiatif itu akan memberi fokus kepada peningkatan kesedaran awam, penambahbaikan dasar kerajaanserta pembangunan sokongan komuniti agar kanak-kanak keperluan khas lebih diterima dalam sistem pendidikan, pekerjaan dan kehidupan seharian.
“Kita perlu ubah cara masyarakat melihat mereka kerana setiap anak mempunyai peluang untuk membina masa depan, tidak kira siapa mereka,” ujarnya lagi.
Madani Research Centre (MRC) adalah sebuah badan penyelidikan dan dasar yang menyokong pelaksanaan gagasan Malaysia Madani, dengan fokus kepada penyelidikan dasar pembangunan masyarakat dan komunikasi nilai nasional.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Keyakinan Bermula Dari Dalam
Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




