Sayu hati melihat perkongsian Ebit Lew menjengah kehidupan di sebalik tirai besi. Dia tidak menyangka ramai yang memeluk Islam sewaktu dalam penjara dengan kerelaan diri sendiri.
Malah, lebih mengharukan, mereka terpaksa berhimpit di dalam sel yang kecil dan terpaksa bergilir-gilir membuang air di dalam baldi kecil.
“Sebak bila melangkah masuk dalam penjara. Ramai juga saya jumpa masa dalam penjara dengan kerelaan sendiri memeluk Islam. Puluh orang baru memeluk Islam. Allahuakbar. Begitu juga diluar negara. Saat di penjara. Rupanya disebalik semua ini dia menemui tuhan.
“Dalam sel mereka yang sangat kecil. 5 ke 7 orang satu sel kecil. Ya Allah panas takde kipas. 2 baldi kecil tempat berak dan kencing kongsi.Gilir-gilir berak kencing dalam baldi kecil tu. Takde tandas. Panas ya Allah. Berdoa nak angin.
“Bila dapat tiupan angin rasa sangat bahagia. 6petang sampai 7pagi duduk dalam sel kecil tu. Bersilang-silang tidur. Ngam-ngam jer. Ada yang bertahun, belas tahun, puluh tahun. Saya sekejap disana terasa bahangnya dan sakitnya.
“Dapat satu bekas air untuk wuduk. Air mata ya Allah bagaimanalah Neraka nanti yer. Selamatkan kami semua.”
Dia turut menambah, rata-rata di dalam penjara ini mengambil kelas kemahiran dan kelas agama untuk mengisi masa.
“Semua menangis masa dengar ceramah saya. Saya peluk mereka semua. Terkejut saya kerana sepanjang ceramah mereka menangis. Khusuk sangat dengar ceramah saya. Saya peluk seorang demi seorang. Mereka kerumun dikeliling saya. Ramai minta nasihat. Minta doa. Cerita kesalahan mereka.
“Waktu siang mereka ada yang ambil kelas agama sepanjang hari. Ada yang ambil kursus bengkel, menjahit dan bertukang. Ramai juga banduan yang kenal saya peluk saya. Maafkan saya disini takdir kita,” tulisnya lagi.
Apabila ditanya apakah kesakitan paling hebat sewaktu di sini, jawapan yang diberi cukup menyedihkan.
“Semua cerita bagaimana mereka ingin memeluk Islam kenal Allah dan solat. Saya tanya apa paling sakit dalam penjara ini. Jawab mereka paling sakit rindu pada keluarga. Rindu kehidupan dekat luar sana.
“Kedua paling sakit hitung masa. semua ingat hari dan tarikh. Tak sabar nak hirup udara luar sana. Bila masuk sana terasa beza betul rasanya ya Allah. Bila melangkah keluar terus rasa lapang udara. Ya Allah.
“Bila cerita mak ayah. Cerita anak-anak semua menangis. Rindu anak-anak. Saya cakap Allah sayang mereka. Jadikanlah sepanjang disini kekuatan supaya satu hari nanti bila keluar jadi manusia yang dekat dengan Allah dan sayang pada keluarga.
“Terima kaseh sangat pada boss di sana yang sangat baik benarkan saya masuk sel penjara dan berkongsi dengan mereka. Tak sangka. Allahuakbar-ebitlew #doortodoorebitlew #astroaosis#saksikanMusim2 #DoorToDoor.”
Penceramah yang juga peserta rancangan Pencetus Ummah (PU) Amin telah selamat menimang cahaya mata ketiga sekitar jam 5.00 pagi tadi.
Menerusi entri di Instagram, Amin berkongsi berita gembira itu kepada pengikutnya beserta gambar bersama bayi yang baru dilahirkan, sejam lalu.
“Alhamdulillah . Syukur Ya Allah ! Atas nikmat dan rezeki Mu ini..
“Pagi tadi saya sampai rumah jam 1 pagi, kemudian jam 3 pagi isteri mengadu sakit perut, jam 4 pagi di Hospital. Jam 5 pagi Isteri saya selamat melahirkan . Ini anak ke-3 saya . Kemudian jam 8 pagi saya bergegas ke Universiti untuk final exam Master Pengajian Islam saya . Alhamdulillah selesai menjawab tadi..
“Kisahnya , Sesuatu yang saya takut untuk lalui , adalah teman isteri ketika bersalin tadi.. Hingga terbit mata putih sahaja di kelopak matanya . Allah… Saya panggil panggil nama dia berulang kali . Dia terus kuat untuk melahirkan puteri kami.
“Insaf . Sungguh beban mengandungkan 9 bulan , ditambah saat hari nak melahirkan . Kuat orang perempuan . Sebab itu dosa nya dihapuskan hari dia melahirkan.. Wahai anak , jangan kau luka hati ibu mu . Wahai lelaki jangan kau remuk kan hati isteri mu . Pengorbanan mereka ini cukup agung.
“Bagi kawan kawan yang dikurniakan zuriat , saya doakan anda semua disegerakan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat anda semua . Percayalah pasti ada. Selamat Datang ke dunia penuh cabaran ini Puteri Ku . Selamat bekenalan dengan Aisyah dan Umar,” tulisnya panjang lebar.
Terus diganggu elemen mistik yang berkaitan dengan single sulungnya yang berjudul Tak Kan Kembali, penyanyi baru Hashmitha Selvam bagaimanapun menolak dakwaan segelintir pihak yang memberi pandangan dia sengaja mencipta gimik semata-mata mahu melariskan lagu berkenaan.
Hashmitha menerusi sidang media yang diaturkan menjelaskan, dia tidak boleh menutup mulut orang daripada memberikan pendapat. Baginya, itu merupakan pandangan masing-masing.
“Apa yang boleh saya katakan apa yang berkaku ketika proses rakaman muzik video hingga ke hari ini bukan rekaan atau gimik, sebaliknya ia berlaku tanpa diduga. Apa pun, saya sedar bila ada yang memberikan persepsi menyatakan ia gimik, strategi promosi lagu dan sebagainya.
“Tetapi saya yang alami. Apa pun saya hanya biarkan tanggapan orang dan biarlah mereka nilainya sendiri,” katanya kepada MH.
Terdahulu wanita berbangsa India ini mengakui wujud gangguan misteri ketika proses rakaman, penggambaran dan suntingan muzik video (MV) lagu Takkan Kembali.
Lebih teruk, seorang kru terpaksa dikejarkan ke hospital sehari selepas penggambaran muzik videonya di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 26 Shah Alam.
Malah Selasa lalu ketika Hashmitha ditemu bual menerusi program MeleTOP, turut berlaku kejadian mistik apabila ada lintasan secara tiba-tiba di lensa kamera hingga mengundang rasa pelik pihak produksi.
Ditanya mengenai impak dari perkara yang berlaku, Hashmitha mengakui pada awalnya dia baik-baik sahaja. Namun selepas kejadian demi kejadian yang misteri terusan terjadi, dia mulai rasa takut.
“Jujurnya saya gemar menonton drama atau filem yang berkaitan dengan kisah seram dan seumpamanya. Cuma bila ia seakan ‘terkena’ pada diri sendiri, saya rasa lain macam.
“Saya tidak boleh tidur malam sejak insiden yang berlaku dalam program MeleTOP baru-baru ini. Malah sebelum ini pun, saya ada alami demam dan batuk-batuk hingga sukar menyanyi,” jelas Hashimtha.
Ironinya pula, Tak Kan Kembali mendapat reaksi yang baik pencinta muzik lokal, apatah lagi single balada itu dinyanyikan dengan baik oleh penyanyi angkatan baru bukan Melayu.
“Di sebalik apa yang berlaku saya juga terharu apabila menerima komen baik pendengar Rata-rata mengalu-alukan kehadiran penyanyi berbangsa India untuk menyanyikan lagu berbahasa Melayu,” akhirinya.
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya