Sayu hati melihat perkongsian Ebit Lew menjengah kehidupan di sebalik tirai besi. Dia tidak menyangka ramai yang memeluk Islam sewaktu dalam penjara dengan kerelaan diri sendiri.

Malah, lebih mengharukan, mereka terpaksa berhimpit di dalam sel yang kecil dan terpaksa bergilir-gilir membuang air di dalam baldi kecil.

Sebak bila melangkah masuk dalam penjara. Ramai juga saya jumpa masa dalam penjara dengan kerelaan sendiri memeluk Islam. Puluh orang baru memeluk Islam. Allahuakbar. Begitu juga diluar negara. Saat di penjara. Rupanya disebalik semua ini dia menemui tuhan.

“Dalam sel mereka yang sangat kecil. 5 ke 7 orang satu sel kecil. Ya Allah panas takde kipas. 2 baldi kecil tempat berak dan kencing kongsi.Gilir-gilir berak kencing dalam baldi kecil tu. Takde tandas. Panas ya Allah. Berdoa nak angin.

“Bila dapat tiupan angin rasa sangat bahagia. 6petang sampai 7pagi duduk dalam sel kecil tu. Bersilang-silang tidur. Ngam-ngam jer. Ada yang bertahun, belas tahun, puluh tahun. Saya sekejap disana terasa bahangnya dan sakitnya.

Dapat satu bekas air untuk wuduk. Air mata ya Allah bagaimanalah Neraka nanti yer. Selamatkan kami semua.”

IKLAN

Dia turut menambah, rata-rata di dalam penjara ini mengambil kelas kemahiran dan kelas agama untuk mengisi masa.

Semua menangis masa dengar ceramah saya. Saya peluk mereka semua. Terkejut saya kerana sepanjang ceramah mereka menangis. Khusuk sangat dengar ceramah saya. Saya peluk seorang demi seorang. Mereka kerumun dikeliling saya. Ramai minta nasihat. Minta doa. Cerita kesalahan mereka.

Waktu siang mereka ada yang ambil kelas agama sepanjang hari. Ada yang ambil kursus bengkel, menjahit dan bertukang. Ramai juga banduan yang kenal saya peluk saya. Maafkan saya disini takdir kita,” tulisnya lagi.

Apabila ditanya apakah kesakitan paling hebat sewaktu di sini, jawapan yang diberi cukup menyedihkan.

IKLAN

“Semua cerita bagaimana mereka ingin memeluk Islam kenal Allah dan solat. Saya tanya apa paling sakit dalam penjara ini. Jawab mereka paling sakit rindu pada keluarga. Rindu kehidupan dekat luar sana.

Kedua paling sakit hitung masa. semua ingat hari dan tarikh. Tak sabar nak hirup udara luar sana. Bila masuk sana terasa beza betul rasanya ya Allah. Bila melangkah keluar terus rasa lapang udara. Ya Allah.

“Bila cerita mak ayah. Cerita anak-anak semua menangis. Rindu anak-anak. Saya cakap Allah sayang mereka. Jadikanlah sepanjang disini kekuatan supaya satu hari nanti bila keluar jadi manusia yang dekat dengan Allah dan sayang pada keluarga.

“Terima kaseh sangat pada boss di sana yang sangat baik benarkan saya masuk sel penjara dan berkongsi dengan mereka. Tak sangka. Allahuakbar-ebitlew #doortodoorebitlew #astroaosis#saksikanMusim2 #DoorToDoor.”

IKLAN
View this post on Instagram

Sebak bila melangkah masuk dalam penjara. Ramai juga saya jumpa masa dalam penjara dengan kerelaan sendiri memeluk Islam. Puluh orang baru memeluk Islam. Allahuakbar. Begitu juga diluar negara. Saat di penjara. Rupanya disebalik semua ini dia menemui tuhan. Dalam sel mereka yang sangat kecil. 5 ke 7 orang satu sel kecil. Ya Allah panas takde kipas. 2 baldi kecil tempat berak dan kencing kongsi.Gilir-gilir berak kencing dalam baldi kecil tu. Takde tandas. Panas ya Allah. Berdoa nak angin. Bila dapat tiupan angin rasa sangat bahagia. 6petang sampai 7pagi duduk dalam sel kecil tu. Bersilang-silang tidur. Ngam-ngam jer. Ada yang bertahun, belas tahun, puluh tahun. Saya sekejap disana terasa bahangnya dan sakitnya. Dapat satu bekas air untuk wuduk. Air mata ya Allah bagaimanalah Neraka nanti yer. Selamatkan kami semua . Semua menangis masa dengar ceramah saya. Saya peluk mereka semua. Terkejut saya kerana sepanjang ceramah mereka menangis. Khusuk sangat dengar ceramah saya. Saya peluk seorang demi seorang. Mereka kerumun dikeliling saya. Ramai minta nasihat. Minta doa. Cerita kesalahan mereka. Waktu siang mereka ada yang ambil kelas agama sepanjang hari. Ada yang ambil kursus bengkel, menjahit dan bertukang. Ramai juga banduan yang kenal saya peluk saya. Maafkan saya disini takdir kita . Semua cerita bagaimana mereka ingin memeluk Islam kenal Allah dan solat. Saya tanya apa paling sakit dalam penjara ini. Jawab mereka paling sakit rindu pada keluarga. Rindu kehidupan dekat luar sana. Kedua paling sakit hitung masa. semua ingat hari dan tarikh. Tak sabar nak hirup udara luar sana. Bila masuk sana terasa beza betul rasanya ya Allah. Bila melangkah keluar terus rasa lapang udara. Ya Allah . Bila cerita mak ayah. Cerita anak-anak semua menangis. Rindu anak-anak. Saya cakap Allah sayang mereka. Jadikanlah sepanjang disini kekuatan supaya satu hari nanti bila keluar jadi manusia yang dekat dengan Allah dan sayang pada keluarga. Terima kaseh sangat pada boss di sana yang sangat baik benarkan saya masuk sel penjara dan berkongsi dengan mereka. Tak sangka. Allahuakbar-ebitlew #doortodoorebitlew #astroaosis #saksikanMusim2 #DoorToDoor

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Video yang mendapat tontonan lebih 1 juta ini turut mendapat perhatian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“5 ke 7 orang satu sel kecil. Ya Allah…,”– Ebit Lew Kongsi Pengalaman, Soal Apa Paling ‘Sakit’ Di Penjara, Ini Jawab Penghuninya

Kadang kala hidayah datang dalam keadaan yang tidak terduga.

Foto : Instagram Ebit Lew

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI