Hari ini genap 24 tahun kelahiran penyanyi dan komposer, Najwa Latif.
Perkara itu turut dikongsikan Najwa yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku di Instagramnya.
“Alhamdulillah, I turned 24 today. The best part about it is I am able to meet so many good, forgiving and positive people with such good hearts yang inspire me to be better every single day. I don’t know where did I do right last year to deserve such love and support but thank you, bebi cayang.. tibeeehhh.
Ads
“Nak tengok bakal isteri awak? Swipe right kay? Saya pun taktahu kenapa rupa saya macam ni tapi sebab semua orang nak reminisce saya yang bapakk huduh nauzubillah, so why not kan? Haha. Thank you untuk segala doa dan wishes yang korang bagi. Sis baca. Cuma sis terkedu, takmampu nak reply. haha. Thank you, love you. #thankyoubuatsayasenyum#sisishappy #sayajarangselfie #sorry#sebabsedardiriburuk #haha#sogambardengankawanpunjadilaaahhhh,” tulisnya.
Terdahulu, tular di laman media sosial mengenai isu kemalangan jalan raya yang sengaja diadakan individidu tidak bertanggungjawab untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan.
Perkara tersebut mendapat perhatian daripada pelakon, Datin Diana Danielle yang turut kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
“Hati-hati sangat please Bila yg buat perbuatan keji ni terkena dekat family sendiri baru cerah sangat masa depan engko bang!”tulisnya.
Pelakon Norman Hakim meluahkan rasa syukurnya apabila anak sulungnya,Danish Hakim menjadi Imam Terawih buat pertama kalinya.
Berita gembira itu dikongsikan Norman menerusi Instagram miliknya.
“Bersama sebahagian drpd warga Darul Ilmi selesai Isyak & Terawih
“Hari penting dalam hidup saya & of course hari penting dalam hidup Al-Hafiz @danishhakimofficial ;kali pertama Danish diberi mandat menjadi Imam Terawih di Pusat Pengajian Warga Emas Darul Ilmi MAIWP
“Lepas majlis Iftar Skop Productions,Allah bagi izin jugak utk saya berada di venue ke-2 utk bagi support pada Danish.Mmg dia tak tahu yg saya akan datang & saya sendiri pun tak jangka boleh sampai pada waktu sbb jarak antara kedua2 tempat agak jauh
“Reaksi Danish wallahualam tapi nampak dia terpegun & happy sgt bila saya senyum dibelakang dia.
“Lepas selesai dia tanya “mcmana papa boleh sampai & boleh tahu abg kat sini?” Saya jawab “U are my world and i’ll be there for you especially on yr important day” (mudir & tenaga pengajar dia adalah bff saya,dah tentu setiap saat perangai & pergerakan dia akan sentiasa sampai pd saya.Dia tak tahu yg tu🤪)
“Alhamdulillah syukur,tak pernah dalam jangkauan akal yg zuriat sendiri akan mengimamkan terawih.Hadiah nan Agung dari Allah s.w.t, mungkin sebahagian dari doa yg didengariNya ketika pintu langit terbuka,mungkin di dalam Lailatulqadar tahun2 sebelumnya wallahualam
“Terima kasih Allah s.w.t atas nikmat kurniaanMu walau sedar khilaf hambaMu ini masih tak melayakkanku utk semua kurniaanMu🥺Tapi Kau tahu Aku tak pernah lelah berusaha menagih taubat & kasih sayangMu,” tulisnya penuh kesyukuran.