[GAMBAR] Sempoi Bila Dr Sheikh Muszaphar ‘Jadi’ Aladdin Gara-Gara Rai Hari Jadi Anak, Sophea Isabella!

Share

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah meraikan hari jadi anak perempuannya,Sophea Isabella atau mesra disapa Bella yang ke-8 tahun semalam.

Malah, Dr Sheikh Muszaphar tampil dengan imej animasi, Aladdin bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Turut sama meraikan ialah ahli keluarganya yang lain.

Sementara itu, Bella pula turut mengenakan gaun comel rona kuning terang kelihatan gembira saat majlis diraikan.

Dalam pada itu, mereka juga telah merakam potret sekeluarga.

Untuk rekod, Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina Mohd Yunos berkahwin pada 10 Oktober 2010.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata kembar iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha (perempuan).

Manakala, anak kembar lelaki pula, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Foto: Instagram Dr Sheikh Muszaphar

IKLAN