Wow…Meriah sungguh MH tengok bila ahli kelab peminat mereka menghantar beberapa keping gambar sekitar majlis ramah mesra penyanyi Khai Bahar bersama lebih 500 para peminat setianya yang telah di adalah di Laman Kayangan, Shah Alam Isnin lalu.

Majlis yang bermula sekitar 1.00 petang itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian dari penyanyi yang kini popular menerusi lagu Luluh itu selain beberapa sesi permainan melibatkan para jemputan. Turut hadir meraikan momen istimewa tersebut ialah rakan selebriti, ahli keluarga Khai dan media.

“Program ramah mesra ini merupakan yang pertama. Terima kasih atas kerjasama seramai lebih 18 pihak penaja, kelab peminat, pihak pengurusan dan keluarga, akhirnya majlis ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Memang sudah lama saya pasang niat untuk adakan satu majlis eksklusif bersama peminat iaitu sejak awal tahun lagi.

“Alhamdulillah, niat akhirnya dapat diteruskan dan ini merupakan antara cara untuk hargai dan balas jasa mereka yang tidak putus-putus sokonga saya sejak awal terjun dalam seni. Insya-ALLAH, saya akan teruskan program seperti ini pada masa depan,” katanya teruja kepada MH.

Jom MH belanja gambar sekitar program yang berakhir sekitar 6.00 petang itu. kalau buat lagi ajak MH lagi ok kami pun selfie sama dengan Khai!

(Gambar) Sekitar Majlis Ramah Mesra Khai Bahar & Peminat. Meriah Beb!!!

IKLAN

Foto: Zahero Production & Khai Bahar Empire

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI