Baru-baru ini, ramai yang membuat spekulasi sendiri apabila timbulnya konon pelakon Ruhainies dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan penyerang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rashid. Bagaimanapun, seperti dijelaskan mereka, hubungan yang terjalin tidak lebih daripada sekadar kawan biasa.

Safawi ketika dihubungi MH sekali lagi menjelaskan, tiada apa yang perlu diperkatakan kerana masing-masing hanya kawan, tidak lebih daripada apa yang disangkakan ramai. Malah, dia juga tidak senang apabila sering dikaitkan dengan kisah-kisah cinta melibatkan selebriti.

Safawi Rashid Akui Sudah Berpunya, Tak Mahu Cerita Sensasi Ganggu Hubungan

IKLAN

“Bagi saya, mulut orang kita tak boleh nak tutup. Cuma apabila mungkin ada orang luar yang mengenali kami jadi perhatian yang diberikan itu lebih. Saya okay saja sebab hanya kawan pun, tidak ada lebih-lebih.

 

“Malah saya sendiri sudah ada yang special. Jadi saya tak gemar kalau kisah tersebut boleh ganggu hubungan. Pada masa sama, saya juga mahu fokus dengan kerjaya saya seratus peratus,” kata atlet berusia 21 tahun ini lagi. 

Safawi Rashid Akui Sudah Berpunya, Tak Mahu Cerita Sensasi Ganggu Hubungan

IKLAN

Terdahulu sebelum ini, pemain muda berkenaan pernah dikaitkan dengan penyanyi remaja, Wanie Kayrie.

IKLAN

Foto: Instagram Safawi Rashid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI