Pemilihan tema warna untuk baju hari raya sudah menjadi tradisi setiap kali menyambut hari raya aidilfitri.
Sudah menjadi kebiasaan, pelakon dan usahawan Rozita Che Wan akan memilih lebih dari satu tema warna baju ketika menyambut hari raya aidilfitri.
Rozita atau mesra disapa Che Ta yang sedia sinonim dengan fesyen glamor telah berkongsi beberapa keping gambar ketika dia dan keluarga menyambut syawal menerusi akaun Instagram miliknya.
Wow! Cantik-cantik belaka pilihan warna yang dipilih oleh Che Ta untuk raya aidilfitri tahun ini. Sudah semestinya keluarga Che Ta nampak bergaya dan eksklusif.
Foto : Instagram Rozita Che Wan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Hafreez Adam telah meraikan ulang tahun kelahiran ke-29 tahun, malam tadi.
Hal tersebut dikongsikan bintang Hero Remaja 2011/12 itu di Instagramnya yang dikemas kini.
“This is how I wrapped up my birthday! With family. Thank you guys for all the wishes. Terima kasih untuk semua doa-doa kalian. May Allah bless all of you.
“P/s : yang penting, mak dengan bakal menantu macam tak boleh renggang dah,” tulis pemilik nama penuh Hafreez Adam Aizat Zahalan jujur.
Melihat dengan lebih jelas terhadap foto yang dimuat naik itu, kelihatan kelibat ‘teman istimewanya’, Zara Zya turut sama menghadiri majlis hari jadinya.
Tambah manis, apabila ibu Hafreez bagaikan akrab dengan bintang berkenaan.
Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob berkongsi pengalamannya tatkala pulang dari kampung halaman di Pulau Pinang menuju ke ibu kota.
Perkara itu dikongsikan Fazley di Instagram miliknya.
“First time saya dan Adik Sayang @azrene_ahmad drive kereta asing2 bila travel, risau juga bila isteri tersayang drive kereta lain.
“Kejap2 check dekat cermin, nak pastikan di ada di belakang saya. Nasib baik dia cekap bawak kereta, pandai dia cilok sini sana supaya tak berjauhan dari saya! “You’re a superb driver Adik Sayang!” Cuma siksanya tahu tak kenapa?
“Kitaorang drive sampai 13 jam dari Penang ke KL, biasanya 3 jam je! Tapi biasalah tu kan, travel time raya. Cuma stress sebab lain.
“Ya allah, stressnya sebab R&R banyak yang di tutup, kesian semua orang yang terpaksa buang air tepi jalan, termasuk dalam semak samun!
“Termasuklah Adik sayang saya! Huhuhu saya jadi #fastandfurious kejap, berhenti tepi jalan, ambik towel untuk coverkan dia, lepas tu dia terus ‘legakan diri’ dalam semak samun,” kongsi Fazley.
Dalam pada itu,Fazley menyatakan bahawa situasi tersebut (membuang air di tepi jalan) bukan berlaku padanya sahaja, tetapi juga kepada orang ramai.
“Rupa2nya bukan kitaorang je, ramai lagi terpaksa ‘legakan diri’ tepi jalan atas jalan tar dan tepi jalan macam kitaorang 🙈🙈🙈Kenapa tutup R&R time yang tak strategik @plus_malaysia kesian kami semua pengguna highway huhu,” tulis Fazley panjang lebar.
Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad menyifatkan melihat rakan penyampainya di ERA FM, Bella Astillah semakin matang dalam membuat persediaan untuk melangkah ke alam rumah...