Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat meluahkan rasa terharu selepas ada bebrapa pihak yang menghargai usahanya menuntut ilmu dalam bidang muzik sebelum ini.
Pemilik akaun yang bernama @nami_808yang difahamkan seorang pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang muzik, memberi tahu, Ayda memiliki teknik nyanyian yang bagus hasil daripada pendidikan formalnya dalam jurusan muzik.
Perkongsian itu telah dimuat naik menerusi rantaian tweet di laman Twitter miliknya.
“Ayda Jebat belajar muzik. Orang yg tak tau muzik plak lebih cakap pasal technical dia. tu ha, kalau nak tau yg tak boleh nyanyi mcm kru dgn elite.
“Dulu aku tak tau pun Ayda Jebat budak muzik. Dulu aku dengar suara dia mmg bagus, at least takde masalab teknik. Skarang baru tau dia ada formal education muzik. No wonder lah,” tulisnya.
Terharu dengan perkongsian tersebut, ini respon balas penyanyi lagu Mata itu;
Saya baca semua. First time org berbahas pasal benda mcmni. Thanks a lot. Macam mana pun, saya akan terus belajar and improve. Insyaallah. Orang mcm korang ni la kita mahukan! Support! ♥️?? https://t.co/f3qZ1xYqHt
“Saya baca semua. First time orang bahas perkara macam ni. Thanks a lot. Macam mana pun, saya akan terus belajar dan improve. InsyaAllah. Orang macam ni la kita mahukan. Support,” tulisnya.
Tambah Ayda, dia berterima kasih di atas pujian tersebut dan berjanji akan terus belajar untuk meningkatkan lagi skil nyanyiannya itu.
MH percaya, apa yang dikongsikan itu memberi lebih semangat buat Ayda untuk memberikan yang terbaik buat para peminatnya.
Foto: Twitter Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kecoh di Twitter video berkaitan seorang kanak-kanak perempuan kononnya sedang bermain ‘cikgu-cikgu’ di rumahnya baru-baru ini.
Video yang dimuat naik oleh abang saudara kanak-kanak tersebut menunjukkan dia menghayati wataknya sebagai seorang guru yang sedang memarahi anak muridnya.
“Haa ni aku record adik sedara aku main cikgu cikgu. Boleh koyak mental siapa jadi student dia.
“Aku dah tahu apa hukuman budak yang main dalam class dia geng. Tak boleh balik class! Yang boleh balik class Nur Umairah, which is dia sendiri geng,” tulisnya di kapsyen.
Aku dah tahu apa hukuman budak yang main dalam class dia geng. Tak boleh balik class! Yang boleh balik class Nur Umairah, which is dia sendiri geng ? pic.twitter.com/hV0pSH8JoS
Video tersebut kemudiannya mendapat perhatian pelakon dan penyanyi, Adibah Noor yang meninggalkan turut komennya.
“Begs the question, cikgu dia kat sekolah macam itu ke?,” soalnya.
Dalam pada itu, netizen lain juga turut terhibur dengan keletah kanak-kanak tersebut. Malah, ada juga yang sempat mengenang kembali nostalgia guru garang semasa di alam persekolahan dahulu.
Alahai, kanak-kanak zaman sekarang ini memang kreatif dan cepat tangkap apa yang orang dewasa lakukan. Apa-apapun, memang MH sendiri terhibur dengan aksi adik ini. Mungkin boleh berlatih untuk jadi pelakon lepas ini?
Foto:Twitter
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Adeep Nahar mengakui masih berhubung dengan bekas anggota kumpulan Fabolous Cat yang lain walaupun dirinya kini sudah berhijrah.
Adeep memberitahu, mereka sama sekali tidak memberikan pengaruh terhadap dirinya sebaliknya menganggap mereka banyak mengajarnya erti kehidupan.
“Saya masih lagi berhubungan dengan mereka seperti Zizi, Cat Farish dan Wangi daripada Bandung kerana kami masih lagi berkawan.
“Saya rasa mereka tidak memberikan pengaruh buruk pada saya pun sebab mereka adalah kawan-kawan yang banyak menasihati saya dan mengingatkan saya sebelum ini. Mereka orang-orang yang baik,” katanya kepada MH.
Ditanya adakah dia menyesal dengan kehidupannya pada masa dahulu, ini respon yang diberikan Adeep
“Penghijrahan saya ini adalah untuk menjadikan diri saya lebih baik daripada sebelum ini. Saya pun sudah punyai anak dan mungkin sudah tiba masa untuk saya menjadi contoh kepada anak saya nanti.
“Saya percaya dalam dunia ini kita tidak akan selamanya melakukan perkara sedemikian. Umur pun makin meningkat. Sampai bila nak buat benda macam tu,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Adeep mendedahkan akan melancarkan single terbarunya yang ditulis khas oleh rapper terkenal Malique.
Foto: Instagram Adeep Nahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Erysha Emyra mengakui dirinya sudah lali apabila sering digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan rakan pelakon setiap kali mereka digandingkan dalam sesebuah naskhah.