Pada pada itu, ada netizen yang meninggalkan komen, menyatakan pelakon terbabit ada berkongsi di laman sosial akan kehadirannya di sebuah cafe di Shah Alam.
Ads
Bagaimanapun, dia tidak pula memuat naik sebarang foto dirinya.
Kecewa dengan sikap segelintir netizen yang berterusan menyalahkan ibu Haneesya Hanee atas tindakan bekas Dewi Remaja itu, Janna Nick tampil memberikan reaksi menerusi sepotong video.
Penyanyi lagu Akan Bercinta itu memuat naik video berkenaan menerusi Instagram, awal semalam.
Kandungan video tersebut antara lain merakam Janna menasihati Haneesya yang menganggap insiden berlaku adalah pengajaran buat gadis berusia 18 tahun itu untuk menjadi individu yang lebih baik.
“Anggap ni satu pengajaran for you to be a better person. Jangan stress over the same thing. Just move on because if not it will lead you to depression and i hope that will never happen.
“Stay strong, don’t repeat and surround yourself with good people. Don’t simply trust anyone,” katanya.
Dalam video yang dikongsi, Janna berharap agar netizen berhenti menyalahkan didikan ibu bapa atas tindakan anak-anak.
‘Saya buat video ini untuk sampaikan salam sayang kepada Haneesya Hanee. Saya ada ucapkan tahniah masa malam dia menang tu.
“Saya agak kecewa bila melihat video. Tapi hari ni saya kasihan apabila gelaran Dewi Remaja ditarik balik sebab kita tak tau apa usaha yang dia dah letak untuk sampai ke tahap tu.
“Nampak tak apa perkara viral boleh buat untuk efek kehidupan seseorang.
“Apa yang saya terpanggil untuk buat video ini apabila netizen menyalahkan mak Hanee dalam hal ni,” jelas Janna.
Pada masa sama, Janna turut memberitahu apa yang berlaku pastinya tiada kena mengena dengan soal penjaga.
“Sebab saya rasa, ini tidak ada kena mengena dengan mak dia. Tolonglah you all. Dia dah besar dan kita masing-masing boleh fikir mana positif, mana negatif.
“You all tak boleh letakkan kesalahan anak itu atas didikan mak ayah. Tolong hentikan. Saya sangat sensitif dalam hal ini. Untuk Hanee, jangan putus asa dan jangan ulang,” kongsinya panjang lebar.
Terdahulu, sesi penarikan semula Dewi Remaja 2018/19 dari Haneesya telah pun dilakukan menerusi suatu sidang media khas yang diadakan petang semalam di Nu Ideaktiv, Seksyen 15, Shah Alam.
Turut hadir pada sesi berkenaan ialah pemenang tempat kedua, Tia Sarah.
Pelakon dan penyanyi, Cat Farish berkongsi foto anaknya dapat adik baru pada 31 Disember lalu setelah bekas isteri, Hartini Ramli selamat melahirkan anak bongsu.
Susulan itu, dia sempat menitipkan pesanan buat mereka supaya menjadi kakak dan abang yang baik buat adik mereka.
“Dear kids, little sister arrived on 31 Dec, So korang bertiga kena lebih tanggungjawab, Listen to mummy @tiniramly & papa jal.
“Helpfull lebih skit. When people call ur names, dont delay or kejap kejap k.
“Listen to nenek @putraputri2 and atok. Be good kids. Love Daddy,” tulisnya.
Semata-mata mahu memantau dan memberi sokongan buat anaknya, Ian Haziq Macquistan yang baru berkecimpung dalam lakonan, bintang senior, Jasmin Hamid sanggup luang waktu hadir ke lokasi penggambaran drama Patah Sayap Bertongkat Paruh.
Jasmin mendedahkan perkara itu menerusi Instagram, lewat malam tadi.
Meski rasa malu kerana hadir ke penggambaran pelakon lain, namun kerana anak Jasmin sanggup lalukan apa saja demi kebaikan.
“Aturan Allah adalah yang terbaik buat hambaNya..Adoii.. ada pulak PAPARAZZI kat set…Saya paling MALU nak datang SET ORANG LAIN tapi di sebabkan Big Boss, saya turutkan juga.
“Ibu SANGGUP DUDUK TEPI PARIT pun tak kisah la uols DEMI ANAK .. Kebetulan saya ada FREE TIME. Dapatlah saya PANTAU dan bagi SUPPORT pada Big Boss @ihmian berlakon,” tulis Jasmin.
Pada masa sama, dia juga berbuat demikian memandangkan anak terunanya itu pertama kali beraksi di hadapan lensa kamera.
“Ist time kan Big Boss berlakon…Kena pastikan Big Boss faham apa yang harus di buat mengikut kehendak skrip supaya tidak menyusahkan mereka yang terlibat dan dapat hasil yang terbaik.
“Lama-lama nanti, pasti Big Boss akan faham dan perbaiki setiap kesilapan dan kelemahan.. Buat permulaan ni, Big Boss harus kerja keras dulu.. Saya pulak yang nervous setiap kali Big Boss masuk set sebab nak pastikan Big Boss buat yang terbaik sebagai BUDAK BARU..
“Bukan senang nak jadi yang TERBAIK.. Harus usaha,rajin dan cekal.. Saya nak Big Boss jadi yang PELAKON TERBAIK atas usaha dia sendiri. Bukan sebab saya ibunya juga seorang pelakon.. Selebihnya semua datang dari ALLAH.. Hebat Bukan? ” kongsinya panjang lebar.
Penyanyi Kaka Azraff menjelaskan segala hantaran yang dikongsikan di media sosial sejak kebelakangan ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan kisah peribadinya.