Gambar bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi menjulang trofi Piala Dunia 2022 mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi foto paling banyak menerima tanda suka (like) di laman Instagram.

Setakat hari ini, foto Messi yang dimuat naik pada Isnin lalu itu telah menerima lebih 72 juta like daripada pengguna Instagram seluruh dunia.

Gambar itu merupakan antara momen paling manis buat Messi, 35, apabila impiannya untuk mendakap trofi kemenangan Piala Dunia akhirnya tercapai pada tahun ini.

Messi mempunyai seramai 407 juta pengikut di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leo Messi (@leomessi)

IKLAN

Piala Dunia Qatar 2022 merupakan edisi terakhir Messi bertarung dalam sukan nombor satu dunia itu.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung Ahad lalu, Argentina menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti 4-2 selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 dalam tempoh masa 120 minit perlawanan.

Rekod itu sekali gus berjaya mengatasi gambar telur yang dipaparkan menerusi akaun @world_record_egg yang mendapat hampir 59 juta like sejak ia mula dimuat naik pada 5 Januari 2019.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Egg Gang 🌎 (@world_record_egg)

Foto ketiga dalam senarai tersebut ialah gambar Messi dan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo sedang bermain catur yang merupakan iklan promosi untuk jenama mewah, Louis Vuitton.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano)

Ia berjaya memperolehi jumlah like sebanyak lebih 42 juta setakat hari ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI