Baru-baru ini, penyanyi British, Dua Lipa ada melawat ke Abu Dhabi bersempena Konsert Jelajah ‘The Self-Titled’ Tournya.

Namun begitu, yang menarik perhatian MH adalah apabila dia kelihatan sangat manis bertudung sewaktu melawat sebuah masjid di situ serta mengenakan jubah abaya.

Perkongsian tersebut dibuat menerusi laman Instagram miliknya.

[Gambar] Manisnya Dua Lipa bertudung Di Abu Dhabi

[Gambar] Manisnya Dua Lipa bertudung Di Abu Dhabi

[Gambar] Manisnya Dua Lipa bertudung Di Abu Dhabi

IKLAN

‘Sebelum persembahan kami di Abu Dhabi, kami melawat ke sebuah masjid yang paling cantik sekali di sini.

“Ini merupakan satu penghormatan buat kami, terima kasih,” tulisnya.

[Gambar] Manisnya Dua Lipa bertudung Di Abu Dhabi

Ternyata perkongsian tersebut mendapat respon yang cukup positif daripada peminat-peminat khususnya umat Islam.

Kebanyakan mereka memuji Dua Lipa yang dilihat menghormati adat umat Islam untuk menutup aurat apabila melawat masjid.

 

IKLAN

 

 

[Gambar] Manisnya Dua Lipa bertudung Di Abu Dhabi

[Gambar] Manisnya Dua Lipa bertudung Di Abu Dhabi

IKLAN

[Gambar] Manisnya Dua Lipa bertudung Di Abu Dhabi

Dalam pada itu, MH juga perasan bahawa Dua Lipa sangat menjaga pemakaiannya supaya tidak seksi semasa berada di tanah arab tersebut.

Ketika konsertnya di Abu Dhabi juga, Dua dilihat memakai pakaian labuh dan berlengan panjang semasa konsertnya.

Buat peminat Malaysia, Dua Lipa akan mengadakan konsert pada Mei ini bertempat di KL Live, Mh difahamkan bahawa konsert tiket sudahpun ‘sold out’.

sumber: Instagram Dua Lipa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI