Suami pelakon Mawar Rashid iaitu Raden Ahmad Faizal Yaakob atau mesra disapa Raf berkongsi momen indah apabila dapat berjumpa idolanya, pemain bola sepak Cristiano Ronaldo.
Jelas Raf, dia sudah menunggu selama 16 tahun untuk berjumpa pemain bola sepak itu secara bersemuka di Stadium Nasional, Singapura.
“16 tahun lamanya tunggu nak jumpa @cristiano, haritu baru dapat jumpa depan2 mata di @iccsg,” kongsi Raf.
Bagaimanapun, Raf sedikit kesal kerana tidak sempat bergambar bersama Ronaldo akibat keadaan agak sesak dengan orang ramai.
“Tapi tak dapat bergambar dengan Cristiano. Lepas game Juventus, Raf tunggu dia kat media mixed zone sebab tau dia akan lalu situ nak naik bus balik hotel.
“Bila dia lalu, dia nampak nama dia kat baju Raf yang Raf pakai terbalik (dalam video yang Raf tetibe ‘mendada’ tu), dia pun sign la nama dia besar2 kat dada Raf dan kemudiannya dia pun berlalu pergi dengan lajunya. ITU SAJA! So close and yet so far,” tulis Raf.
Kisah percintaan pelakon A-List Korea, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo semakin menjadi perhatian peminat di seluruh dunia apabila pasangan selebriti ini telah mengumumkan penceraian minggu lalu.
Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini ada memuat naik satu potongan video yang memaparkan drama Descendants of The Sun yang dilakonkan pasangan berkenaan.
Kongsi pelakon yang berusia 43 tahun itu, dia berasa sedih apabila menonton drama bersiri terbabit.
Lebih-lebih lagi, apabila mereka berpisah selepas 2 tahun berkahwin.
“Mood sisturr xberapa elok seminggu ni..kemurungan…cari pasai bila nk leh move on ni? ni mls nk layan korea…dgr lagu je ble nangis teringat scene2 lagu2 tu…
“mmg sistur hati tisu …. @cik_ala117 help…sambil vacum lantai pon sedih,layan lagu bila sedih mmg lg fokus buat keja,klau bole nak cat sekali satu umah,” tulisnya.
Menyambut ulang tahun kelahiran anak kedua, Marissa Dania yang ke-14, pelakon Norman Hakim ada menitipkan ucapan istimewa buat puteri sulungnya itu, baru-baru ini.
Pelakon Gerak Khas ini juga pada masa sama memberikan dedikasi unik buat si anak, iaitu dengan mengimbau detik-detik sewaktu Marissa dilahirkan di dalam kereta dan disambut sendiri olehnya.
“SANAH HELWAH Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-14 cenonet cantik papa @marissadaniaaaaa_ .
“Only few words;
1. TERIMA KASIH SBB TERIMA PAPA SEADANYA & SENTIASA BAGI PAPA PELUANG UTK JADI PAPA YANG TERBAIK
2. AMPUN MAAF KALAU SELAMA PAPA JAGA ADIK DARI MULA2 PAPA SAMBUT MASA MAMA LAHIRKAN ADIK DALAM KERETA SAMPAI LA KE HARI NI,ADA KEKURANGAN & KELEMAHAN PAPA YANG PAPA TAK SEDAR
3. ADIK ADALAH DUNIA PAPA,PEMBAWA REZEKI DALAM HIDUP PAPA BERSAMA DENGAN ADIK BERADIK YANG LAIN DENGAN IZIN DARINYA🤲🏻
4. PAPA SAYANG ADIK SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT MORE WORDS & INFINITY
5. AND THE LIST GOES ON…❤❤❤
“Once again Sanah Helwah,semoga terus membesar dengan Solehah…Aamiin Ya Rabb,” tulisnya.
Norman dan Abby pernah menggemparkan dunia hiburan suatu ketika dahulu apabila Marissa Dania dilahirkan di dalam kereta dan dibidankan oleh Norman kerana tidak sempat tiba di hospital untuk bersalin.
Pelakon Aliff Aziz mengakui dirinya berasa gemuruh ketika menjayakan malam previu pementasan teater muzikal Mansur & Liu yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada Rabu.