Tinggal beberapa hari sahaja sebelum pasangan Taeyang dan Min Hyo-rin bakal berkahwin. Tentunya berita ini merupakan khabar gembira atau duka buat peminat.

 

Bagaimanapun, kurang seminggu majlis tersebut iaitu pada 3 Februari masih tiada ura-ura atau tanda-tanda persiapan bahawa majlis tersebut akan dilangsungkan.

 

 [Gambar] Kad Jemputan Perkahwinan Taeyang dan Min Hyo-rin, Memang Kreatif!

 

Bagaimanapun, salah seorang rakan baik Taeyang, 1TYM, Song Baek-kyoung telah memuat naik kad jemputan kahwin pasangan tersebut.

IKLAN

 

Jujur MH kata, kad tersebut sangatlah ‘simple but nice’. Berlatarbelakangkan kertas putih serta mempunyai bunga hidup di depannya.

 [Gambar] Kad Jemputan Perkahwinan Taeyang dan Min Hyo-rin, Memang Kreatif!

Di belakang kad tersebut, menggunakan tulisan berwarna emas serta memetik kata-kata daripada kitab Injil (mereka berdua beragama Kristian) tertera nama sebenar Taeyang dan Hyo-rin iaitu Youngbae dan Eun Ran.

IKLAN

 

MH difahamkan hanya mereka yang mempunyai kad jemputan ini sahaja yang boleh memasuki dewan.

 

 [Gambar] Kad Jemputan Perkahwinan Taeyang dan Min Hyo-rin, Memang Kreatif!

IKLAN

Dalam pada itu, Song Baek-kyoung juga turut memberikan ucapan tahniah pada rakannya itu di kapsyen gambar tersebut.

 

“Pertama kali jumpa Youngbae di gred 5 di bilik bawah tanah trainee. Budak itu membesar menjadi salah seorang ahli Big Bang dan mengejutkan semua orang.

 

“Kini, sekali lagi dia memberikan kejutan pada saya apabila akan berkahwin dan memulakan keluarga. Sebenarnya, saya lebih daripada terkejut. Saya bangga dan sangat tersentuh hati,” tulisnya.

 

 

Apa-apapun MH ucapkan tahniah kepada Taeyang dan Min Hyo-rin. Cantik betul kad jemputan mereka, sangat kreatif. Tapi, kalau nak buat kad jemputan macam tu di Malaysia ni nanti last-last ke tong sampah juga kan?

 

Sumber:Koreaboo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI