Dua hari lalu, pelakon Jasmin Hamid ada memuat naik beberapa keping fotonya bersama anak lelaki, Ian Haziq berkongsi mengenai apakah perasaan diri apabila anaknya naik pelamin, suatu hari nanti. Berkongsi rasa mengenai hati seorang ibu, Jasmin turut bertanya kepada para pengikut adakah perasaan sama turut dihadapi para ibu lainnya.

Sebelum ini, anak lelakinya yang masih bersekolah itu mencetuskan sensasi di kalangan pengguna media sosial apabila dikatakan memiliki wajah kacak.

Ini bukan boyfriend saya.. Inilah Big Boss saya uols.. Saya bayangkan satu hari nanti bila Big Boss pulak kat pelamin, mesti saya sedih sebab kena share Big Boss dengan perempuan lain tapi takkan asyik nak berkepit je dengan Big Boss.

 

“Perasaan ibu -ibu uols.. Ke saya sorang je yang rasa macam tu? Ibu -ibu yang lain, tolong komen sikit,” tulisnya. 

Terbaharu, bekas model itu sekali lagi memuat naik entri berkenaan dengan anak lelakinya itu menerusi Instagram.

“Siapa yang nak jadi menantu saya, kena pandai buat roti tisu sebab favorite Big Boss. Order kat mamak je, sudah..,” maklum Jasmin.

Lalu, rata-ratanya memuji penampilan fizikal Ian selain turut bergurau mengenai apa yang ditulis si ibu.

IKLAN

[GAMBAR] Jasmin Hamid Kongsi Perasaan Andai Anak Bujang Naik Pelamin, Siapa Nak Jadi Menantu Kenalah…

[GAMBAR] Jasmin Hamid Kongsi Perasaan Andai Anak Bujang Naik Pelamin, Siapa Nak Jadi Menantu Kenalah…

Ian Haziq merupakan anak hasil perkahwinannya dengan bekas suami, Ian Rashid Macquistan. Jom usha beberapa foto anaknya itu!

IKLAN

IKLAN

Foto: Instagram Jasmin Hamid, Ian Haziq

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI