Isteri kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida baru sahaja berkongsi beberapa keping foto yang merakamkan dia bersama ahli keluarga mertua yang mengikuti rombongan meminang adik iparnya, yang dikenali sebagai Ajim.
Selain berkongsi sekitar majlis, Shahida turut memberitahu, sebenarnya ibu mertuanya, Rozita Ibrahim mempunyai dua orang anak lelaki, termasuk suaminya.
“Hari ini saya ikuti rombongan meminang adik ipar saya, Ajim. @bondarozitaibrahum ada dua anak lelaki, satu @aliffsyukriterlajaklaris dah kahwin dengan saya dan satu lagi Ajim.
Ads
“Tak lama lagi bertambah ahli keluarga kami, tahniah Ajim dan Fiza,” tulisnya di ruangan kapsyen foto.
Ads
Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan tahniah.
Meluahkan rasa tidak puas hati apabila kaum wanita sering dijadikan sasaran dan ‘kambing hitam’ di dalam sesebuah perhubungan, Tiz Zaqyah menerusi laman Twitter ibaratnya berang dengan sikap masyarakat yang berat sebelah.
Tulisnya, segala kesalahan diletakkan di atas bahu kaum wanita meski mereka bukan punca masalah.
Tidak dinafikan memang agak sukar untuk kita teka berapa umur seseorang itu. Betul tak? Tambahan lagi kalau mereka dilihat seakan lebih matang daripada usia sebenar.
Itu belum lagi kalau yang wanitanya bersolek sakan kan? Lagi tak boleh nak agak berapa usia mereka yang sebenar.
Apa pun, MH bariskan 10 selebriti tempatan kita yang dilahirkan pada tahun 1990, jadi kini usia mereka sudah pun mencecah 30 tahun.
Sepanjang tempoh bergelar anak seni, pelbagai pencapaian yang dilakar mereka. Jom ketahui siapa mereka!
Terpaksa berbahagi kasih menyambut Aidilfitri, Yatt Hamzah merelakan anak sulungnya meraikan hari bermakna ini bersama bekas suami di Kuala Lumpur.
Walaupun sedih tidak dapat beraya bersama namun Yatt bersyukur Nia memahami situasi keluarga yang nyata berbeza.
“Cantiknya anak dara Sulong Bonda ni dg baju raya barunya. Kat Kelantan ni, hampir semua orang tanya mana anak pertama Yatt Hamzah? Bonda senyum dan kata, Tahun ni turn Kak Nia beraya dg Abinya.
“Alhamdulillah Kak Nia nampak sgt happy beraya kt KL tu. Mana tak. Happy dia ada 2 keluarga dg Bonda dan Abinya. Ada 3 adik dah. Ada Bonda dan Abah, Iqlima dan Medina. Ada Abi & Mummy dg Omera. Mmg meriah. Syukur Alhamdulillah.
“Bonda faham perasan Kak Nia. Faham sgt. Tahun lepas balik beraya dg Abinya, terus dia Peluk Bonda tak lepas, menangis teresak2.. Rindu katanya. Bonda nampak semua dlm mata anak bijak Bonda ni. Tapi Bonda tahu Kak Nia kuat dan memahami situasi keluarga kita. Ya, dia anak yg kuat dan bijak.
“Alhamdulillah Bonda BERTUAH dapat anak sepertimu. Dia tahu apa yg ada sekarang adalah harta paling berharga. Bonda tahu dia kadang kala rasa penat krn terpaksa berbagi masa dan kasih sygnya..
“Tapi dia juga tahu yg penat itulah yg membahagiakannya.Inilah yg terbaik buatnya dan keluarganya. Terima kasih syg.. Bonda takkan dpt anak sebaikmu. Bonda, Abi, Abah dan Mummy syg sgt pd Kak Nia. Kakaklah harta kami dunia akhirat. Jadi anak dan kakak yg Solehah ya sayang.
“Mohon semua follower yg membaca ini doakan Kak Nia jd anak yg taat, kuat dan Solehah ya.. Aameen.”
A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Yatt dan bekas suami, Abdul Mutalib bercerai pada 25 Ogos 2015 selepas enam tahun menyulam kebahagiaan. Hasil perkahwinan pada 29 Mac 2009c pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib.
Foto : Instagram Yatt Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!