Pelakon Ramona Zam Zam dilihat turut hadir ke majlis aqiqah anak kepada pelakon Shakilla Khoriri, malam tadi.
Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira ada memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya ketika menghadiri majlis tersebut.
Dalam pada itu, pelakon berusia 29 tahun itu juga sempat berkongsi pengalaman melahirkan anaknya Ivanna, dua tahun lalu.
Kongsi Ramona, dia telah melahirkan puteri sulungnya itu sehari selepas rakan pelakon Ezzaty Abdullah melahirkan anak perempuannya, Harum Dahlia.
“So happy to see this mama last night Me & @ezzatyabdullah have our own stories of giving birth to our daughters!
“Ivanna & Harum lahir beza sehari je. When i find out our due date dekat2 i texted her one day before checking in the hospital.
“So when i check in the hospital, Ezzaty dah start contraction. When her contraction dah teruk, mine just started. When she entered the labour room, my contraction dah start gila.
“And when she’s done giving birth, i was still in the labour room. Ezzaty siap sempat text ckp dah selamat beranak and wished me good luck leaving me all nervous
“Maka lahir lah @harumdalia 1 day earlier than Ivanna kalau tak dua2 same birthday Good seeing you babe, lots and lots of hugs to you,” tulisnya.
Merupakan finalis Hero Remaja 2012 disamping Fattah Amin, Syafiq Kyle dan Hafidz Roshdi, lelaki berusia 29 tahun ini pernah membintangi drama popular seperti Playboy Itu Suami Aku, Suri Hati Mr. Pilot dan Spanar Jaya X.
Dia juga pernah berkongsi kebolehan bertutur dalam Bahasa Tagalog ketika bercuti di Filipina.
Daulat Tuanku! Hari ini melakar memori terindah apabila ia merupakan Hari Pertabalan Agong yang ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Lalu, momen bermakna ini sekali gus mendapat liputan menyeluruh dan pastinya, rakyat Malaysia turut meraikannya tersebut dengan penuh kesyukuran.
Tidak terkecuali, para selebriti turut mengambil peluang merafak sembah, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pertabalan.
Datuk seri Siti Nurhaliza
Daulat Tuanku!
Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah
Ke-Bawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
sempena pertabalan
Ke-Bawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Yang Ke XVI
pada 30hb Julai 2019
Semoga Allah memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
Artis versatil, Elly Mazlein menafikan dakwaan dirinya merajuk dengan bidang pengacaraan susulan kelibatnya yang dilihat semakin kurang dalam mana-mana program termasuk yang disiarkan di...