Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan melancarkan jenama beg tangannya sendiri hasil kerjasama Zapatos, yang dikenali dengan nama zapatosxrozitachewan tepat jam 3.00 petang semalam.
Pelancaran dan pengenalan kepada projek istimewa bersama suaminya itu telah pun diperkenalkan menerusi media sosial mereka.
Berkongsi mengenai projek berkenaan dengan lebih lanjut, Rozita atau lebih sinonim dengan panggilan Che Ta memberitahu, dia sengaja menjadikan beg tangan bagi meluaskan bidang bisnesnya atas faktor minat dan kuasa beli.
Pada masa sama, Che Ta juga ingin berkongsi apa yang diminatinya buat para wanita.
“Mengapa nak jual beg tangan? Sebab saya minat dan sukakan beg tangan. Pada saya, kalau nak berniaga ni perlulah jual apa yang kita minat, khas untuk wanita di luar sana.
“Malah kalau kita lihat pun, kuasa beli dan pasaran semasa itu lebih banyak produk wanita. Sukar kalau nak jual barangan lelaki. Macam beg misalnya, ada wanita yang macam tak cukup dengan dua tau tiga beg tangan.
“Kalau boleh mahu semua warna dan saiz. Jadi sebab itulah kami setakat ini mengeluarkan lima variasi warna bersama dua rekaan saiz berbeza,” kongsinya kepada MH.
Menyifatkan harga yang dijual berbaloi, Che Ta turut menambah, beg tangan dari jenamanya ini sesuai untuk digayakan setiap wanita.
“Harga bawah RM300. Kalau makan kat restoren besar RM300 tu jadi tahi je tau. Kalau beg tangan ni mungkin tahan lebih tiga tahun. Pembeli boleh dapatkannya secara online,” kata Che Ta dalam nada seloroh.
Berkongsi mengenai saingan di antara sesama rakan selebriti yang terlebih dulu turut melancarkan item sama, Ini reaksi Che Ta;
“Saya tak melihatnya seperti saingan. Ia lebih kepada pembeli ada hak untuk memilih apa yang mereka suka dan ia terpulang kepada cita rasa masing-masing,” akhiri Che Ta yang ditemui pada majlis Nona Superwoman baru-baru ini.
Awal hari ini, Rebecca Nur Al-Islam ada berkongsi sekeping foto dirinya bergambar dengan seorang bayi perempuan comel menerusi Instagram.
Bayi yang diberi nama Nor Aurora Riana Norazam itu dipanggil sebagai ‘anak anugerah’ apabila ditanya peminat mengenai status bayi yang didukungnya itu.
“Memperkenalkan kepada dunia, seorang lagi anak perempuan saya. Nor Aurora Riana Norazam.
“Semoga Allah SWT memberikan Mummy mendidik Aurora hingga ke jannah. Semoga Aurora sentiasa sihat dan bijak belajar nak.
“All your brother and sister waiting for you nak,” tulisnya.
Sementara di ruangan komen, rata-ratanta memuji sifat mulia Rebecca yang sudi menjaga bayi berkenaan selain mengharapkan yang terbaik buat si kecil itu.
Untuk rekod, Rebecca yang pernah bergelar pelakon dan pengacara tidak lama dulu itu sudah mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 6, Nor Anggerik Renesmee, 5, Nor Aliff Al-Raffael, 2 dan Nor Ahmet Al-Reaggan selain seorang anak angkat lelaki, Nor Adam Daniel, 10.
Rebecca mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.
Foto: Instagram Rebecca Nur Al Islam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kematian pelumba Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018, Mohd Hafiz Nor Azman selepas dipercayai terbabit dalam kemalangan ketika perlumbaan di Bandar Penawar, Kota Tinggi, petang semalam bukan hanya menjadi berita sedih buat peminat sukan permotoran negara.
Malah, para selebriti yang turut terkejut dengan berita berkenaan, lalu turut sama menitipkan doa atas pemergiaan bintang muda itu ke rahmatullah.
Terdahulu, pemergian Mohd Hafiz turut disahkan Malaysian Cub Prix yang memuat naik gambar pelumba muda berusia 22 tahun itu menerusi laman rasmi Facebook mereka, kira-kira 8.45 malam tadi.
Pelawak dan penyanyi, Achey menerusi Instagram turut mendoakan agar roh arwah dirahmatiNya.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.