Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat yang terkenal dengan single yang terbarunya berjudul Temberang telah menyahut #10yearschallenge dilaman media sosial.
Terbaru, Ayda telah memuat naik gambar tersebut di Instagram dan menariknya, Ayda meletakkan foto bersebelahan dengan bersama penyanyi antarabangsa, Ariana Grande berserta kapsyen “Sila Muntah Sis”.
Lantas, netizen memberikan komen pelbagai kepada Ayda diruangan komen.
Malah, ada juga yang menulis membayangkan bintang cantik itu terlebih perasan apabila Ayda merasakan wajahnya mirip seperti Ariana Grande.
Alahai, barangkali Ayda cuma sekadar bergurau memandangkan #10yearschallenge kini tengah viral. Apa-apa pun Ayda tetap cantik dan manis dengan gayanya yang tersendiri.
Untuk rekod, single terbaharu Ayda yang berjudul Temberang telah meraih 6 juta penonton di YouTube.
Foto : Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon senior, Jasmin Hamid akhirnya memberi lampu hijau buat anak bongsu, Haziq MacQuistan untuk menceburkan diri dalam dunia lakonan, sebagaimana ibunya.
Bagaimanapun, ia berlaku selepas anaknya itu menamatkan pengajian di peringkat sekolah.
Jasmin, 46, ada berkongsi menerusi salah satu posting di Instagram yang menyatakan Haziq yang kini sudah berusia 17 itu mempunyai minat pada lakonan sejak kecil.
“Allah permudahkan segala urusan anakku.. Haziq MacQuistan dah ready menyambung legasi saya sebagai anak seni..
Dari dia dalam perut saya, dia mula berlakon.
“Sebab sampai saya nak bersalinkan Big Boss, saya masih aktif berlakon,” tulis Jasmin.
Malah Jasmin turut berkongsi anaknya itu memberitahu sudah sampai masa untuknya berbakti pada ibu bapa.
“Katanya dah sampai masa dia berbakti kepada kedua Ibubapa.. Dalam masa yang sama, dia juga ingin sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi .Support dan doa uols amat di hargai.
“Doa yang baik -baik.. From 0 to Hero..
Tak endah dengan kata -kata negative manusia sebab ia hanya sepanjang lidahnya sahaja. Yang penting ada kemahuan dan kesungguhan.
“Dengan izin dan rezeki dari Allah, pasti akan temui kejayaan.. In Syaa Allah,” katanya panjang lebar.
Perjalanan bintang Gegar Vaganza 12 (GV12), Rahmat Ekamatra akhirnya terhenti di minggu ketujuh apabila perkara itu diumumkan semasa segmen Ada Lagu Ada Lagi, namun...