[GAMBAR] Dulu Aktif Sebagai ‘Instafamous Solekan’, Kini Bergelar Pelakon Pula. Rezeki Terpijak Buat Adik Syatilla Melvin Ini…

Share

Bak kata orang-orang tua, rezeki memang tak pernah salah alamat. Itulah situasi yang dilalui jurusolek dan Instafamous, Syifa Melvin.

Syifa yang juga merupakan adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu kini berjinak-jinak menceburkan diri dalam dunia lakonan pula.

Bakal digandingkan bersama selebriti berhijab yang lain seperti Nabila Razali dan Sarah Suhairi, wajah Syifa akan menghiasi kaca TV melalui sebuah drama pendek Sunsilk #siscuba yang bakal bersiaran malam ini jam 9.50 malam di stesen TV swasta.

Mempunyai lebih 300,000 pengikut di Instagram, Syifa juga sering berkongsi gambar selfienya dan OOTD di laman sosialnya itu.

Foto : Instagram Syifa melvin

IKLAN