Bak kata orang-orang tua, rezeki memang tak pernah salah alamat. Itulah situasi yang dilalui jurusolek dan Instafamous, Syifa Melvin.
Syifa yang juga merupakan adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu kini berjinak-jinak menceburkan diri dalam dunia lakonan pula.
Bakal digandingkan bersama selebriti berhijab yang lain seperti Nabila Razali dan Sarah Suhairi, wajah Syifa akan menghiasi kaca TV melalui sebuah drama pendek Sunsilk #siscuba yang bakal bersiaran malam ini jam 9.50 malam di stesen TV swasta.
Pelakon Ruhainies telah berkongsi sebuah video di Instagramnya baru-baru ini yang memaparkan dia ‘memberanikan’ dirinya untuk bermain buaian di Bali, Indonesia.
Bagaikan kecut perut dek angin kencang dan ketinggian di atas bukit itu, Ruhainies kelihatan ‘pasrah’ melakukan aksi ekstrem itu.
“I know i know. Dah nampak macam kain buruk basi dah terkulai macam tu.. Demi travelogue #SecawanKopi.. kami beranikan diri jugak. Padahal body dah shaking habih dah tuuu.. naik buaian dekat playground pun kami dah penin, inikan pulak buaian tinggi gilaaaaa ni
Mama @hj.zil kena bagi hadiah okay, kami dah la gayat. Depa kata mama nak bayaq double kami pun try la. Tapi first and the last la. Bye,” tulisnya.
Video tersebut melihatkan pelakon berusia 26 tahun itu bermain buaian terkenal di pusat peranginan yang dikenali sebagai Bali Swing.
Lalu, netizen telah meninggalkan komen yang pelbagai menerusi video tersebut.
Terdahulu, Nelydia Senrose pernah melalui situasi ini apabila dia berada pada ketinggian 148 tingkat di antara bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifah.
Video : Instagram Ruhainies
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan dan anak kenapa pemilik Naza Group of Malaysia, Tan Sri SM Nasimuddin iaitu Nadia Nasimuddin telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya yang diberi nama Taraa Camila.
Menurut Nadia, bayi perempuan tersebut dilahirkan seminggu awal dan telah diletakkan di bawah penjagaan rapi. Namun, Taraa kini dilaporkan sudah semakin baik.
Dalam pada itu, Nadia turut berkongsi beberapa gambar Taraa untuk tontonan pengikutnya di laman Instagram.
Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah selain turut memuji kecomelan anaknya itu.
Terdahulu, Nadia telah mendirikan rumah tangga dengan Hamzah Alang Azman Shah dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Foto: Instagram Nadia Nasimuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lalu, proses tersebut telah menyebabkan beberapa urusan jual beli tergendala buat seketika.
Akibat masalah tersebut, seorang pelanggan telah naik berang apabila barang yang dipesan lambat tiba sedangkan majlis perkahwinannya akan berlansung pada keesokan harinya.
Perihatin dengan masalah berkenaan, pemilik FV sendiri, Datin Vivy Yusof telah menjawab keluhan pelanggan tersebut.
“I’m so sorry. We spoke to our fiance just now and we will be delivering his order personally by today in Johor. We also added a surprise for you in there, as a token of our sincerest apology. Congratulations in advance for your wedding this weekend, wishing you a lifetime of happiness. Sorry for the alarm,” tulisnya
Vivy telah membuat pemohonan maaf dan telah mengarahkan pekerjanya untuk menghantar barang berkenaan terus ke rumah pelanggan tersebut.
Malah, Vivy turut menyediakan hadiah istimewa untuk menebus semula segala kesulitan yang telah dialami oleh pasangan tersebut.
Wah, bagus betul cara pihak Fashion Vallet menyelesaikan aduan pelanggan ye! Tanyata usaha mereka ini wajar diberikan pujian.
Foto: Instagram Fashion Valet
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.