Pengasas kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Nur Sajat baru saja mengadakan majlis kesyukuran dan house warming bersempena dengan dekorasi kediamannya yang sudah pun siap sepenuhnya. Mengambil tempoh beberapa bulan, penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu membawa media untuk melihat sendiri hasilnya.

Yang penting, ada juga beberapa perabot yang diimport dari luar negara. Jom ketahui beberapa perincian mengenai antara perabot yang ada di kediaman mewah yang dulunya merupakan rumah kepada Datuk Seri Aliff Syukri.

Meja Makan RM150,000

[GAMBAR] Dekorasi Mewah Serba Baru Hiasi Kediaman Nur Sajat, Cantiknya!

Jangan tidak tahu, meja makan utama yang baru dibelinya itu merupakan antara perabot yang diimport dari luar negara. Malah setiap kerusi yang ada juga turut bertatahkan batu Swarovski dan setiap satunya mempunyai sijil butiran sendiri.

Buat Bisnes Kedai Lampu

Sajat juga memaklumkan dia turut mengembangkan bisnes lain iaitu perniagaan menjual lampu yang boleh didapati di Palace of Aliff Syukri. Katanya selain membuat dekorasi berasaskan lampu, ia secara tidak langsung turut mempromosikan barangan yang ada dikedai.

IKLAN

Karpet Bulu Biri-Biri

[GAMBAR] Dekorasi Mewah Serba Baru Hiasi Kediaman Nur Sajat, Cantiknya!

Karpet yang terhampar di ruang tamu utama diperbuat daripada kambing biri-biri sementara ada di antara hiasan lain pula terdiri daripada bulu Burung Unta dan Musang.

[GAMBAR] Dekorasi Mewah Serba Baru Hiasi Kediaman Nur Sajat, Cantiknya!

IKLAN

Kerusi Ruang Tamu RM70,000 Seunit

[GAMBAR] Dekorasi Mewah Serba Baru Hiasi Kediaman Nur Sajat, Cantiknya!

Sementara itu, kerusi yang ada di bahagian ruang tamu utama juga dibuat atas permintaan. Katanya, setiap satu berharga sekitar RM70,000. Sebab itulah, dia sepatutnya menganjurkan sesi house warming ini sudah lama, tetapi memandangkan kebanyakan perabot dibuat tangan, ia terpaksa dianjak pada suatu tarikh lain.

Almari Diimport Dari Eropah

IKLAN

[GAMBAR] Dekorasi Mewah Serba Baru Hiasi Kediaman Nur Sajat, Cantiknya!

Manakala, sebuah almari besar yang menghiasi ruang tamunya juga didimport dari Eropah dan setiap satunya mempunyai kunci sendiri.

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI