
Semalam, penyanyi Dayang Nurfaizah telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak ini telah berkongsi gambar ketika dia masih muda remaja saat membuat persembahan.
“Ok, satu lagi #1995, 14 tahun, sebelum #goldenteensearch nak lagi?”
View this post on InstagramOk, satu lagi #1995, 14 tahun, sebelum #goldenteensearch ?nak lagi?
A post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on
Di samping itu, penyanyi yang berusia 37 tahun itu turut berkongsi gambar ketika dia telah menjadi juara untuk program Golden Teen Search 1997.
“#memories#throwback”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Dayang Nurfaizah (@dayangsayangkamu) on
Lantas, perkongsian penyanyi yang terkenal dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta ini telah menjadi perhatian peminat.
Rata-rata peminat berasa terkejut apabila melihat wajah Dayang yang kelihatan sentiasa cantik dan awet muda.
Wow, wajah Dayang memang tak berubah dari zaman muda sehingga kini. Tetap maintain cantik!
Foto: Instagram Dayang Nurfaizah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tak Mahu ‘Buang’ Duit Sahaja..,” – Terbitkan Filem Sendiri, Rita Sosilawati Sanggup Masuk Kelas Demi Jadi Produser Berilmu

Usahawan terkenal, Datin Rita Sosilawati mengumumkan dirinya bakal menerbitkan filemnya sendiri tidak lama lagi.
Menurut Rita, segala persediaan telah pun dia lakukan bagi mempersiapkan dirinya untuk menjadi seorang produser yang baik dan berilmu.
“Ketika ini, saya sedang dalam rangka perancangan untuk menerbitkan sebuah filem. Saya sudah pun menyertai kelas dan mendapatkan lesen daripada pihak Perbadanan Filem Nasional (FINAS).
“Saya masih lagi dalam proses pembelajaran kerana saya tidak mahu membuat sesuatu perkara itu tanpa ilmu. Saya tak nak main terjah sahaja. Saya akan sentiasa mengkaji dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
“Pemilihan genre filem masih lagi di peringkat perbincangan. Sudah ada dua hingga tiga jenis genre yang kami sedang pertimbangkan. Sekiranya tiada aral melintang, filem tersebut akan ditayangkan pada tahun ini atau tahun hadapan,” katanya kepada MH.
Ibu kepada empat orang cahaya mata itu berkata sedemikian dalam satu temuramah bersama MH baru-baru ini.
Katanya lagi, dia juga sudah bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan selepas menerbitkan filemnya nanti.
“Saya sedar akan situasi bisnes panggung wayang yang tidak menentu sejak fasa pandemik ini. Tetapi sebelum filem saya dilancarkan nanti, sudah pasti pihak saya akan mengakaji terlebih dahulu.
“Kalau tidak ditayangkan di panggung wayang, mungkin filem saya nanti boleh ditayangkan di platform-platform penstriman. Kalau filem itu tak dapat jual pun, kita akan fikir cara untuk survive supaya dapat balik modal. Saya juga seorang usahawan dan sudah tentu saya nakkan keuntungan.
“Pembikinan filem memang memakan kos yang tinggi tetapi saya akan tetap mengutamakan kualiti dan mengikut kehendak saya. Saya tidak mahu hanya sekadar membuang duit semata-mata nak keluarkan filem.
“Hujungnya nanti saya juga yang menanggung akibatnya,” katanya yang menjadikan Datuk Yusof Haslam sebagai idola di dalam dunia penerbitan filem.
Ketika ditanya adakah dia sudah bersedia untuk dikritik andai ada mana-mana pihak yang kurang senang tentang penglibatannya didalam industri filem, Rita menjawab perkara seperti itu sudah menjadi lumrah buat dirinya.
“Kalau kita merupakan orang yang dikenali, memang lumrah jika kita ditempelak tetapi kita kena tahu apa pegangan kita yang sebenarnya. Kita juga kena tegas dengan pendirian dalam apa jua yang kita lakukan.
“Kalau saya dah bersedia untuk menjadi seorang produser, bermakna saya juga dah bersedia untuk dihentam. Perkara itu memang sudah biasa bagi saya. Sama ada anda suka atau tidak, ini adalah kehendak saya,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Rita baru sahaja dilantik sebagai duta syarikat pembekal utama barangan elektik, rumah dan peralatan dapur, ESH sempena kempen ESH Raya 2022.
Rita dan ESH bakal mengadakan kerja-kerja tanggungjawab sosial (CSR) untuk menyampaikan perkakasan elektrik buat 200 buah keluarga yang terjejas akibat banjir di Terengganu, baru-baru ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Datin Rita Sosilawati
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Michael Ang Cari Heroin Drama Baru, Datuk Seri Vida Selamber Tawar Diri

Penerbit dan pengarah, Michael Ang ada berkongsi satu rakaman video menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut merakamkan pengarah terkenal itu memaklumkan bahawa dia kini sedang mencari heroin khusus buat drama barunya yang bakal memulakan pengambaran 20 September depan.
“Salam semua! Video stress hari ni! Mcm nak bunuh aje org! Boleh ke bagi aku salah date for the meeting!
“Lepas tu besok meeting back to back! Heroin tak ada Tapi nak shoot 20/9!!
“Hmmm Siapa eh nak cari? Sila rekomen! Luv u all have a great week,” tulisnya di ruangan kapsyen.
View this post on InstagramA post shared by Michael Ang (@michaelang38) on
Lalu pelbagai komen diberikan peminat termasuk rakan pengarah tersebut.
Pengasas produk, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman dilihat antara yang memberi respon.
“I Nak Jadi HEROIN MIKE @michaelang38 ..,” respon Vida.
Lalu, rata-rata netizen berasa terhibur apabila melihat komen penyanyi I Am Me itu di ruangan komen video tersebut.
Alahai, ada sahaja gelagat Vida yang menghiburkan hati peminat. Tapi kalau Vida jadi heroin agak-agak boleh meletup tak?
Video : Instagram Michael Ang
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“It’s Okay Bukan Rezeki, We Love You Keeper,” – JDT Tewas Di Final Piala Malaysia, Eyra Hazali Titip Semangat Buat Suami

Semalam, pasukan bola sepak, Kuala Lumpur City (KL City) berjaya melakar kejutan selepas menumpaskan juara bertahan Johor Darul Takzim (JDT) seterusnya merangkul Piala Malaysia ke-100 tahun pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kemenangan yang diraih pasukan KL City itu sekali gus menamatkan penantian penyokong ‘warga kota’ untuk kembali memenangi piala keramat itu selepas kali terakhir digenggam pada tahun 1989.
Bagaimanapun, aksi yang dipamerkan oleh skuad JDT sememangnya wajar diberikan pujian meskipun terpaksa berpuas hati selaku naib johan.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, pelakon, Eyra Hazali menitipkan kata-kata semangat buat seluruh pemain pasukan JDT yang turut dibarisi oleh suaminya, Haziq Nazli yang bertindak selaku penjaga gol simpanan.
Menurut Eyra atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali, dia menyifatkan aksi pada malam Selasa itu sebagai bukan rezeki untuk skuad ‘Harimau Selatan’ menambah koleksi piala mereka pada musim ini.
“It’s okay. Bukan rezeki. Semua bermain dengan penuh semangat. Congratulations to JDT too.
“We love you keeper Haziq Nazli,” tulis Eyra yang menonton perlawanan tersebut di televisyen bersama anaknya, Muhammad Hayder Qhalish.
Pada perlawanan tersebut, KL City yang dilabel sebagai ‘underdog’ telah memecahkan kebuntuan dengan menjaringkan gol pertama pada minit ke-65 apabila hantaran lintang J Partiban disudahkan dengan penuh ketenangan oleh Zhafri Yahya.
Kem JDT terus tersentak apabila ketua pasukan, Paulo Josue berjaya menambah jaringan pada minit ke-74 sekali gus menggamatkan suasana di stadium yang dibanjiri hampir 20,000 jumlah penonton.
Sekadar informasi, Eyra dan Haziq telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 November 2019.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata sulung pada 14 Ogos 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Eyra Hazali, Instagram Team Malaysia & MFL
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI