Tahniah MH ucapkan buat usahawan yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri kerana isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid telah pun selamat melahirkan cahaya mata lelaki seberat 3.15 kilogram, pada Isnin.

Pengumuman tersebut telah pun dikongsi ibu Aliff yang juga merupakan seorang pengasas kosmetik terkenal, Rozita Ibrahim menerusi Instagram beberapa jam selepas kelahiran.

Mengakui teruja apabila mendapat tahu dirinya sekali lagi menerima cucu, Rozita atau lebih mesra disapa Bonda Rozita ini juga turut berkongsi, menantunya itu melalui proses bersalin dengan mudah selama satu jam tanpa sebarang jahitan.

“Teruja sangat saya sampai tak pakai kasut berkejar sambut cucu. Senang sangat menantu saya bersalin selepas buka 4cm.

 

“Tak sampai satu jam dia melahirkan bayi yang sangat comel. Berat 3.15 kg tanpa jahitan. Alhamdulillah, cucu lelaki yang comel sangat-sangat,” tulisnya yang turut berkongsi video kegembiraan mereka sekeluarga itu.

Manakala penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu turut memuat naik video ketika menemani isterinya yang sedang menunggu detik melahirkan bayi mereka.

Sementara itu, Alif menerusi Instagramnya turut memuat naik foto anak keempatnya, lengkap dengan akaun Instagram khusus buat bayi comel yang diberi nama Yusoff al Qardawi itu.

IKLAN

“Sedap tak nama saya @yusoffalqardawi nama alim ulama islam.. bukan nama retisss korea.. sbb besar nanti sy nak jadi alim ulama.

 

“Thanks smua makcik dan pakcik yg sudi follow ig baru @yusoffalqardawi sbb kat sana abah sy post lagi bnyak pic saya…,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #pictangkapgunahpjee.

Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 tahun.

Terdahulu, pasangan ini turut mengambil anak angkat tahun lalu iaitu Ameena pada bulan Oktober yang kini berusia sembilan bulan dan Qayyum, tujuh bulan awal Disember lalu.

[GAMBAR] Comel Sungguh Anak Keempat Aliff Syukri, Namanya Yusoff Al-Qardawi!

IKLAN

[GAMBAR] Comel Sungguh Anak Keempat Aliff Syukri, Namanya Yusoff Al-Qardawi!

[GAMBAR] Comel Sungguh Anak Keempat Aliff Syukri, Namanya Yusoff Al-Qardawi!

IKLAN

[GAMBAR] Comel Sungguh Anak Keempat Aliff Syukri, Namanya Yusoff Al-Qardawi!

Foto: Instagram Aliff Syukri, Bonda Rozita Ibrahim dan Yusuff al Qarwadi.

https://www.instagram.com/p/BkcQkY_AOpv/?hl=ms&taken-by=bondarozitaibrahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI