[GAMBAR] “Cinta Senyum Sebab…,” – Bagai Semalam Baru Dilahirkan, Mawar Rashid Maklum Baby Girl Genap 2 Bulan

Share

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid ada berkongsikan perkembangan anak keduanya, Raden Seri Rossabella Cinta.

Dalam satu perkongsiannya di Instagram, bekas perserta Dewi Remaja 2015 itu mendedahkan usia anak perempuannya kini sudah pun genap dua bulan.

“Cinta senyum sebab harini Cinta dah 2 bulan,” tulisnya beserta emoji hati.

Isteri kepada Raden Ahmad Faizal juga turut memuat naik foto kandid permata hatinya itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata menzahirkan rasa gembira seterusnya mendoakan yang terbaik buat Mawar seisi keluarga.

Mawar sebelum ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia lebih dua tahun.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada November 2017.

Foto: Instagram Mawar Rashid

IKLAN