Selain berlakon, Oktovia Manrose membuktikan dia juga berkebolehan menyanyi.
Bintang drama Cinta Tiada Ganti itu kini muncul dengan lagu Biar Aku Simpan bersama kumpulan Bimasakti yang diterbitkan Life Records yang dilancar 5 Mac lalu.
Sekali gus, ia boleh dianggap sebagai pengenalan buatnya.
Bagaimanapun kakak kepada Aprena Manrose ini juga pernah beberapa kali merakamkan lagu ‘filler’ untuk drama membabitkan produksi yang dikenalinya.
“Ikutkan menyanyi memang minat saya sejak sekian lama. Saya sedar ada bakat ke arah itu, cuma perlu diasah. Dulu pun sebenarnya ada peluang menyanyi, cuma saya tak nak terburu buru.
“Saya sendiri rasa belum cukup bersedia. Saya tak mahu menyanyi macam melepaskan batuk di tangga. Biarlah ada ilmu atau serap pengalaman orang lain, baru saya berani keluar dari zon selesa.
“Menerusi projek kolaborasi dengan kumpulan ini pun saya banyak timba pengalaman dan belajar teknik tertentu fasal muzik,” katanya.
Pemilik nama lengkap, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman ini menjelaskan, salah seorang anggota Bima Sakti yang dipanggil Jim membuka peluang berkenaan.
Lagu itu dirakamkan sekitar enam bulan lalu.
“Mulanya tak sangka dia tawarkan peluang ini. Jim sendiri bukan asing kerana sudah menerbitkan lagu untuk ramai artis seperti Khai Bahar, Sheryl Shazwanie dan Azzam Sham.
“Saya sendiri pun selalu merakamkan lagu demo untuknya. Cuma lamaran untuk membuat penampilan lagu itu, saya sahut dengan optimis. Saya sendiri menyukai bahagian korus lagu itu yang sangat melankolik,” katanya.
Tidak sekadar membuat penampilan khas untuk lagu berkenaan, ibu kepada Muhammad Rayyan Zafariel ini turut menjadi model video muzik karya sama.
“Kerana kebetulan saya sendiri sudah faham keseluruhan isi cerita lagu. Jadi saat ditawarkan untuk jadi model video muzik… saya cakap kenapa tidak,” katanya yang tidak pernah memasuki mana mana pertandingannyanyian.
Artis di bawah pengurusan Absolut Talent & Management itu juga tidak menolak andai ada rezeki menyanyi solo selepas ini dan terbuka mencabar kemampuan vokalnya.
“Saya anggap kolaborasi dengan kumpulan itu sebagai pemanas enjin. Selepas ini baru yakin sedikit nak menyanyi solo.
“Saya secara peribadi suka genre lagu hip hop, R&B, pop balada. Saya paling minat Ariana Grande, selain Sarah Raisuddin, Jaclyn Victor, Melly Goeslow, Kris Dayanti dan terbaru Sarah Suhairi dan Aina Abdul,” katanya yang pernah menjadi penari kebudayaan di Istana Budaya
Ketika ini, Oktovia berada di Pulau Langkawi bagi melunaskan baki penggambaran drama Hari Kita Jatuh Cinta terbitan Zeel Production bagi siaran Awesome TV.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Kecundang jua hero kami. Bukan covid ya. Rehydrate, kepenatan, keletihan. Selalunya kami yang sakit, dia yang gagah. Tak pernah aku lihat dia di atas katil hospital.
“Time nak cucuk air pon dia masih tanya, boleh ambil wudukkah kalau cucuk masuk air ni. Boleh B. Pedih pon sikit je lah. Kita tayamum. Doakan hero kami sehat cepat,” tulisnya.
Khabar tersebut dikongsikan oleh ibu kepada seorang cahaya mata itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dalam posting berasingan, Shafeeqa turut menyifatkan sakit ini merupakan petanda daripada Allah SWT agar suaminya itu dapat berehat secukupnya dan tidak memikirkan mengenai soal kerja buat sementara waktu.
“Salam subuh. Allah tahu kau strugle cari rezeki b. Dia suh rehat jap. Takpe b, jangan risau. Ada lagi rezeki lain. Suami, orang paling gagah dalam rumah tangga. Kalau sakit pon dia gagahkan juga mencari rezeki.
“Sayu tengok muka suami. Syukur alhamdulillah tiada apa-apa yang serius. Kalau sakit jangan biarkan lama-lama. Teruslah pergi hospital.
“Kadang-kadang suami ni pura-pura sihat, tak nak kita ni risau. Atu ni rajin tapi dah sampai limit dah kekuatan badan tu. Tak boleh nak buat apa-apa terus,” jelasnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan doa semoga Atu lekas sembuh dan dapat kembali bekerja semula seperti biasa.
Atu atau nama sebenarnya Sharif Kuna Doli Sharif, 27, mendirikan rumah tangga dengan Shafeeqa yang juga merupakan pereka fesyen pada tanggal 8 Februari 2016 dan kini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Shafeeqa Johari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Azar Azmi ada berkongsi cerita bersama pengikut di laman media sosial Instagram miliknya.
Meski kini sudah bergelar pelakon yang dikenali ramai, Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi mengakui, bukan satu perkara mudah untuk mencapai kejayaan.
Malah, dia turut bersyukur atas rezeki yang diraihnya kini.
“Azar tak pernah terfikir akan berdiri dimana Azar berdiri pada harini, tidak pernah terlintas atau termimpi apa yang jadi pada hari ini.
“Allahuakbar, Walaupun Azar masih belum unlock my big achievements tapi Azar bersyukur apa yang Azar ada pada hari ini. Harini adalah hari untuk Azar bantu yang lain pula,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Nur 2 ini turut mendedahkan akan fasa sukar yang dialaminya suatu ketika dahulu.
“Kalau tanya Azar, macam mana strugglenya saya nak dapatkan sesuatu tu memang susah. Saya bukan lahir dari keluarga yang senang.
“Apa yang saya ada pada harini adalah hasil work hard saya. Saya pernah susah duit dalam poket tinggal rm40. Pernah duit tinggal rm150 tapi saya bagi semua pada arwah ibu saya.
“Xde apa yang saya nak selain daripada membahagiakan orang yang saya sayang.
“Saya susah xpe tapi saya tak nak orang yang saya sayang susah Saya sedih takpe tapi saya tak nak orang yang saya sayang sedih.
“After I’ve been through hell, saya tak nak awak semua susah and kecewa macam mana yang saya rasa tapi awak kena bantu jugak diri awak kalau nak berjaya,” tulisnya lagi.
Pendedahan tersebut dikongsikan Azar menerusi satu hantaran di Instagram.
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.