[GAMBAR] Bertugas Di Langit Biru, Ini Wajah Bakal Tunang Syazwan Zulkifly. Lawanya Dia!

Share

Pelakon, Syazwan Zulkifly bakal melangsungkan pertunangan dengan seorang pramugari iaitu Syawariah Zulkifli pada 31 Ogos ini.

Difahamkan, majlis tersebut akan diadakan kediaman pihak perempuan di Taiping, Perak.

Syawariah atau mesra disapa Sya sering berkongsi foto bersama di Instagram miliknya.

Memiliki 6,000 pengikut di Instagram, tidak dinafikan pramugari ini punya tarikan yang tersendiri.

Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar perhubungan cinta ini kekal sehingga ke jinjang pelamin.

Foto : Instagram Sya Zulkifli

IKLAN