Penyanyi, Altimet ada berkongsi sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya yang menyifatkan kulit wajahnya sebagai perisai untuk diri sendiri, lebih-lebih lagi melibatkan hal negatif.
Malah, bintang berusia 41 tahun ini turut memaklumkan, kulitnya itulah yang melindungi dirinya dari wanita yang boleh melalaikan!
“Kulit aku perisai aku. Kulit aku byk lindungi aku dari benda2 negatif. Dari orang yang menilai orang lain hanya dari segi luaran sahaja. Tak ramai orang mcm ni dalam hidup aku. Alhamdulillah.
“Kulit aku lindungkan aku dari wanita wanita yang boleh melalaikan aku. Dengan itu membuka jalan untuk yang nampak lebih dalam dan mendapat jalan masuk kedalam hati aku,” tulisnya.
Pada masa sama, penyanyi lagu Amboi itu turut menyatakan dia pernah dipandang rendah akibat kulitnya.
“Kulit aku pernah membuat saingan2 aku memandang rendah kat aku, jadi mereka tak endahkan aku, sekaligus memberi aku ruang untuk menjadi lebih kuat & handal untuk mengatasi mereka. You know who you are.
“Kulit aku membuat orang memberi nasihat kat aku supaya jangan bergantung pada rupa utk berjaya dalam bidang ni. Oleh itu aku menggantung harga diri aku pada kualiti karya aku.
“Ye, aku tak tampan, tapi pena aku menari atas kertas dgn lenggok yang lawa, yang tajam bila perlu, yang lembut bila kena masanya, yang lain daripada yang lain.,” luah Altimet.
“Kulit aku ni Allah bagi kat aku jadi aku boleh jadi aku. Dia bagi aku Kulit yang tebal, jadi tembaklah kuat mana, InsyaAllah tak lut.
Di samping itu, penyanyi tersebut turut memberi kata-kata nasihat kepada netizen yang senasib dengan dirinya.
“Kalau awak ada Kulit mcm ni, atau rasa kecewa sebab orang lain lagi cantik, lawa, hensem dari awak, jangan risau. Ada hiahmya. Lagipun, Kulit yang mulus/cantik tak kekal selamanya. #CakapTerang #Kulit,” tulisnya.
Kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Siti Hasmah ke kediaman penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat perhatian peminat di laman media sosial.
Baru-baru ini, kakak ipar kepada Tok Ti, Rozi Abdul Razak ada berkongsi beberapa keping foto sekitar Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meluangkan masa bersama Tok Ti.
Dalam pada itu, peminat berasa gembira melihat kemesraan dua wanita hebat ini
Sekadar informasi, kehadiran perdana menteri dan isteri di kediaman Tok Ti adalah bagi menyambut ulang tahun kelahiran dan perkahwinan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).