Penyanyi dan bekas ratu cantik Sabah, Jo-Anna Sue telah mengangkat sumpah sebagai setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Perlantikan tersebut telah diadakan pada Rabu bertempat di Kementerian Kewangan Malaysia.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Jo-Anna menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

“Officially sworn in as a Political Secretary to the Chief Minister of Sabah at the Ministry of Finance,” tulisnya.

Berusia 28 tahun, bekas ratu cantik Unduk Ngadau ini telah memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi sebelum bertukar arah menceburi bidang politik.

IKLAN

Namun, siapa sangka gadis berdarah campuran ini sebenarnya mempunyai Sarjana dalam lulusan Undang-undang di Universiti of West England, United Kingdom.

Disamping itu, beliau juga merupakan seorang jurulatih kecergasan sebelum mengalami kecederaan bahu pada 2016.

IKLAN

[GAMBAR] “Beauty With Brain,”-Penyanyi & Bekas Ratu Cantik, Jo-Anne Sue Sah Jadi Setiausaha Politik Shafie Apdal, Tahniah!

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Jo-Anna diatas perlantikan tersebut

[GAMBAR] “Beauty With Brain,”-Penyanyi & Bekas Ratu Cantik, Jo-Anne Sue Sah Jadi Setiausaha Politik Shafie Apdal, Tahniah!

[GAMBAR] “Beauty With Brain,”-Penyanyi & Bekas Ratu Cantik, Jo-Anne Sue Sah Jadi Setiausaha Politik Shafie Apdal, Tahniah!

Wah, bukan calang-calang ye Jo-Anna ni! Tahniah dan selamat maju jaya  kami ucapkan.

Foto: Instagram Jo-Anna Sue

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI