Usahawan dan anak kenapa pemilik Naza Group of Malaysia, Tan Sri SM Nasimuddin iaitu Nadia Nasimuddin telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya yang diberi nama Taraa Camila.
Menurut Nadia, bayi perempuan tersebut dilahirkan seminggu awal dan telah diletakkan di bawah penjagaan rapi. Namun, Taraa kini dilaporkan sudah semakin baik.
Dalam pada itu, Nadia turut berkongsi beberapa gambar Taraa untuk tontonan pengikutnya di laman Instagram.
Ads
Ads
Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menitipkan ucapan tahniah selain turut memuji kecomelan anaknya itu.
Penyanyi yang kini bergelar pelakon, Syafiq Farhain mengakui buat masa ini dia belum memikirkan soal kekasih kerana baginya, apa yang lebih utama adalah untuk seimbangkan hal kerjaya terlebih dahulu.
Malah, penyanyi yang kini popular dengan lagu Aku Jatuh Cinta ini menambah dia mahu cari rezeki buat keluarga, seterusnya dalam misi mengumpul aset membeli rumah.
“Ramai awek kejar? Itu saya tak tahu. Belum ada (kekasih) lagi,” jelas Syafiq malu-malu.
Berkongsi mengenai rezekinya dalam bidang seni, Syafiq turut memberitahu apa yang dikecapinya kini bukan untuk dirinya semata-mata, tetapi juga buat keluarga.
“Mestilah rezeki yang ada sedikit sebanyak saya kongsi dengan keluarga. Kalau nak dikatakan dengan kumpul aset tu, tidaklah. Cuma saya ada cadang untuk beli rumah untuk diri sendiri, insyaAllah,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada dia penat atau tidak kerana tidak putus-putus berkerja sejurus program Big Stage, bintang yang juga anak kepada Allahyarham Saleem ini tidak menafikan perkara tersebut.
Sebaliknya, dia positif dan cuba peluang yang ada selagi mampu.
“Kalau nak dikatakan penat, itu normallah. Buat apa-apa kerja pun penatkan. Setakat ini saya mampu bertahan lagi,” jelas Syafiq yang pada masa sama masih tidak belum terfikir untuk melepaskan kerjaya sebagai anggota bomba.
Terdahulu, Syafiq ditemui MH pada Kejohanan Badan Cantik Mr Sexy 2.0 2018 anjuran Fitness Inspire di Bandar Saujana Putra, baru-baru ini.
Selain Syafiq, Anuar Zain dan Syamel turut sama memeriahkan acara serta membuat persembahan di dalam kejohanan melibatkan lebih 300 peserta itu.
Turut hadir pada kejohanan berkenaan ialah adalah Pengarah Urusan Fitness And Health Inspire Sdn Bhd, Fahrulrazi Kassim.
Foto: Fitness Inspire/ Instagram Syafiq
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menewaskan enam peserta lain, Noryn Aziz atau nama sebenarnya Norazmahwati Abdul Aziz diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza 5 (GV5).
Pada malam final, Noryn membawakan lagu Laskar Cinta di segmen duet bersama Awi Rafael serta menyanyikan lagu Where Is The Love bersama Dia Fadila di segmen battle.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Fantasi Realiti itu membawa pulang wang tunai RM100,000 sumbangan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala Gegar Vaganza.
“Syukur, setiap yang Kau berikan ada rahmatnya. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada juri, Astro, ibu bapa dan anak saya. Terima kasih pada rakan artis dan peminat yang menyokong.
“Terima kasih atas doa semua,” katanya sejurus diumumkan sebagai juara GV terbaru.
Sementara itu, Dia Fadila pula berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 sumbangan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort serta piala Gegar Vaganza, di tempat kedua.
Tempat ketiga yang dirangkul Zamani membolehkan penyanyi ini membawa pulang wang tunai RM30,000 tajaan Astro, piala selain penginapan di Royal Chulan & Resort.
Tempat keempat yang diraih Amelina dan dia membawa pulang wang tunai RM20,000 tajaan Astro, penginapan di Hotel Royal & Resort dan pialala kemenangan.
Tempat kelima yang dimenangi Maya dan penyanyi Matahari ini berjaya memenangi wang tunai RM15,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan & Resort.
Manakala kumpulan duo, Billy Zulkarnain ditempat keenam sekaligus berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 tajaan Astro, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort dan piala.
Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan Datuk DJ Dave bersama Jow Flizzow dan bertindak sebagai sebagai juri jemputan.
GV5 dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse, bersiaran secara langsung dari Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam.
Terdahulu, Bintang Cuckoo Paling Gempak pula dimenangi oleh Zamani. Bintang ini sudah pun memenangi hadiah sama sebanyak tiga kali sepanjang GV5.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Beto Kusyairy mengakui tersentuh sebaik menerima tawaran untuk membintangi naskhah berat, Good Boys Go To Heaven yang mengangkat isu jenayah tragis kanak-kanak serta kesihatan mental.