Melihat di ruangan komen gambar tersebut, rata-rata peminat memuji sikap penyayang Ain terhadap bapanya. Malah keserasian di antara mereka juga menarik perhatian.
Menerusi satu postingnya di Instagram, pelakon dan usahawan,Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar terpaksa melalui pelbagai situasi saat menghadiri satu mensyuarat di Kuching, Sarawak.
Bintang yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan ini memaklumkan, penerbangannya ke Kuching mengambil masa selama 7 jam disebabkan masalah teknikal.
Bagaimanapun, pemergiaannya ke Kuching terpaksa dibatalkan atas kekangan masa.
Lalu, pelakon drama bersiri Setelah Cinta Itu Pergi ini ada menitipkan kata-kata buat peminatnya.
“7 hours n 3 flights. Nak g Kuching je bknnyaLondon pun. thats my journey for today since 10 am lg kat airport ni. dr KLIA 1 ke KLIA2 n back to KLIA1 balik to catch the flight to Kuching.
“Bukan sbb flight delay pun cuma ade some technical issues.
“So that i need to postponed the meeting in Kuching but still flying for the talk tomorrow morning at MSU College.
“Ape yg nak share, kita hanya rancang tapi Allah yg tentukan either it goes smoothly or not hanya Allah yg tahu sebab kenapa tidak diizinkan.dont be regret btw.
“Thank God for 7hrs at the airport mcm2 benda dpt setlekan n coincidentally i met few people which is im suppose to meet before.
“Ramai orng marah or frust bila apa yg dirancang tidak berlaku according to the plan.tapi percaya lah sekiranya berlaku sebaliknya.
“maksudnya Allah tahu yg terbaik utk kita dan tidak di izinkan mgkn plan itu tidak sesuai dgn kita ataupun sebenarnya kita tak perlukan ataupun belum bersedia utk perkara tersebut.
“So just think positive n take it positively then the positive outcome will happen to u. .TRUST THE PROCESS coz HE is the BEST PLANNER,” tulisnya.
Lantas, perkongsian bapa tunggal kepada seorang cahaya mata itu mendapat pujian daripada peminat.
Dalam perkembangan lain, Fizo kini sudah pun berada di Jeddah bagi menunaikan haji bersama Under Harmony Excellence Holidays Sdn. Bhd menerusi Pakej Haji Furada.
Difahamkan, Fizo berangkat ke tanah suci bersama lebih 40 jemaah lain termasuk 4 mutawif. Semoga semuanya dipermudahkan buat Fizo seterusnya mendapat haji mabrur, insyaAllah.
Foto: Instagram Fizo Omar, ihsan Breffa Yazid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon senior, Datuk Afdlin Shauki akui bahawa dia tidak boleh menghalang minat anaknya untuk turut sama ceburi bidang lakonan.
Kongsi pelakon filem Papadom ini lagi, sekiranya anak-anak terlibat dalam dunia hiburan, dia sebagai bapa cuba memberi semangat dan sokongan buat mereka.
“Sebenarnya saya suruh anak-anak saya jadi doktor, usahawan, jurutera. Tetapi akhirnya mereka ‘sangkut’ ke arah hiburan pula.
“Seorang masuk bidang muzik, seorang lagi masuk lakonan dan yang bongsu pula nampaknya seperti ke arah hiburan juga sebab dia minat K-Pop,” kata Afdlin kepada MH.
Malah, Afdlin juga mengakui sudah sedia lalui liku-liku kehidupan bergelar seorang artis kerana baginya ia merupakan suatu perkara mencabar.
“Saya tahu susah senang bergelar seorang artis. Kadang-kadang berada di atas, begitu juga sebaliknya.
“Lagi-lagi bila dah berkeluarga, tekanannya agak kuat dan mencabar.
“Mereka (anak-anak) tidak tahu apa yang saya sudah lalui, bagi mereka industri seni ini hanya menyeronokkan sahaja.
“Saya sudah beritahu hal sebenar tetapi anak-anak tetap ingin mengikut jejak ayahnya juga.
“Jadi, ini adalah masanya untuk saya perbaiki industri supaya apabila anak-anak jejak kaki, mereka akan berasa selesa,” kata Afdlin.
Terdahulu, bintang teater Pawana Isabella ini ditemui ketika majlis pelancaran Disney Wizards Of Warna Walk yang diadakan di Bangunan Ex8, Subang Jaya, pada Rabu.
Bagaimanapun, Afdlin menarik nafas lega kerana kehidupan bergelar artis kini semakin terjaga.
“Saya berasa lega apabila dengar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) akan melakukan caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (EPF) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) kepada para pelakon.
“Perkara sebegini bagus untuk anak-anak kerana kebajikan mereka terjaga. Saya ingat kata arwah ibu saya, jika ingin berada dalam bidang seni, mesti jadi yang terbaik.
“Itu juga yang saya pesan kepada anak-anak saya,” jelas Afdlin.
Dalam perkembangan lain, Afdlin dan anak perempuannya, Mia Sara,19, bergandingan bersama buat pertama kalinya dalam Disney Wizards Of Warna Walk.
Selain Afdlin dan Mya, sitkom fantasi ini turut dibintangi oleh Emma Sofea, Idan Aeden, Carmen Soo, Zain Hamid dan ramai lagi.
Disney Wizards Of Warna Walk akan mula ditayang pada hari Jumaat, 30 Ogos 2019 jam 1 tengah hari menerusi saluran Disney Channel (Astro CH 615).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas lebih dua tahun tidak muncul menerusi mana-mana naskhah filem, pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin optimis mengharapkan filem terbaru lakonannya, Dendam Pontianak mendapat reaksi positif penonton apabila ditayangkan kelak.
Bakal ditayangkan 12 September depan, penerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 itu membawa watak sebagai puntianak bernama Mina.
Bintang yang juga permaisuri hati kepada pelakon Fattah Amin ini menjelaskan kepada MH, watak puntianak dijayakan bukanlah tipikal sebagaimana ‘entiti’ puntianak yang sering dipertontonkan sebelum ini.
Sebaliknya, filem arahan Glen Goei dan Gavin Yap itu adalah sesuatu yang lebih segar.
“Saya tertarik dengan jalan ceritanya kerana secara tidak langsung ia menampilkan watak seorang wanita yang kuat.
“Malah ketika Glen sendiri menawarkan watak yang manakah saya mahu ambil, sama ada isteri kepada Remy Ishak atau puntianak, saya pilih puntianak kerana saya mahu tahu apa yang dia rasa dan lalui sebelum dan selepasnya,” katanya jujur.
Kongsinya lagi, elemen seorang wanita yang kuat itu sendiri mendorongnya untuk membawa watak Mina sebaiknya.
“Tidak sukar membawakan watak ini kerana filem lakonan saya sebelum ini juga lebih terarah kepada peranan wanita yang kuat.
“Tidak banyak filem yang mengetengahkan kisah wanita kuat seperti ini. Mina bukan hanya puntianak tetapi dia seorang wanita kuat dan berusaha mendapatkan semula haknya apabila janji tidak ditepati,” kata Fazura lagi.
Bahkan, jelas Fazura, dunia semasa sudah berubah dan jangan takut untuk ketengahkan wanita sebagai hero.
“Tidak salah untuk angkat golongan ini sebagai hero dan seperti filem Dendam Pontianak juga adalah kisah wanita bernama Mina dan dia adalah penggerak cerita ini dan Remy sudah tentunya hero,” maklum Fazura.
Sementara itu Fazura turut memberi reaksi selepas ditanya media jika ada yang membandingkan antara watak Mina yang dibawanya dengan watak Puntianak bernama Meriam yang dijayakan Maya Karin menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam.
“Saya rasa watak Puntianak yang dilakonkan Maya Karin ada kelebihannya yang tersendiri. Malah saya sendiri merupakan peminat kepada filem Pontianak Harum Sundal Malam. Saya tontonnya bersama rakan-rakan, masih ingat lagi.
“Jadi saya rasa filem tersebut ada kelebihan dan keistimewaannya sendiri. Akan tetapi, apa yang saya boleh katakan menerusi Puntianak dalam versi Mina ini, seperti yang saya beritahu tadi, ia bukan sebagaimana tipikal Puntianak yang pernah dilihat sebelum ini.
“Ia berbeza dan penonton akan dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri seorang wanita itu dalam menuntut keadilan apa yang sepatutnya menjadi miliknya,” simpul Fazura yang turut kagumi pelakon Munafik 2 itu.
Selain Fazura dan Remy Ishak, Dendam Pontianak turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nadia Aqilah, Namron, Wan Hanafi Su dan Nadiah M Din. Tidak hanya di Malaysia, filem ini bakal ditayangkan terlebih dulu di Singapura bermula 29 Ogos ini.
Foto: Instagram Fazura, Maya Karin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi rock legenda, Datuk Nash bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan luaran selepas terbabit dalam kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan pulang dari surau, malam tadi.
Nash,...