Pelakon Noorkhiriah menerusi salah satu posting di Instagram ada berkongsi rasa mengenai isi hatinya.
Entri foto yang merakamkan gambar ayat-ayat suci Al-Quran itu ditinggalkan bersama kapsyen yang cukup menjentik hati.
Kongsi pelakon Nur 2 ini, tiba-tiba hatinya sebak mengenangkan sebelum ini dia hanya menyelak sehelai demi sehelai ayat suci al-Quran sedangkan boleh mengadap telefon 24 jam sehari.
“Tetiba hati ni rasa sebak sangat rupanya dah lama tak pegang dia betul2, takat pegang cmtu je.
“Allah..napelah akak boleh pgg hp 24/7 sehari tapi dia..selak selai 2 je..rasa 0 hati..happy mmg happy tapi rupanya tak happy.
“Gais..ini ingatan wat akak..happy cmne idup tiba masanya pasti hati akan jadi sebak ttiber..tandanya Allah suh betul2 ingat Dia,” tulis Khiriah.
Tambahnya lagi, cukuplah apa yang dimiliki sekarang ini, malah dia turut memberi bayangan bakal bersara daripada dunia lakonan.
“Cukuplah dengan Dunia yang tak menjanjikan pape…banyak mende yg dah terasa kini..yg mana nak ke langit ke bulan silakan..akak dah taknak kemana..cukuplah dgn apa yg ada.
“Nak belajar paksa hati tuk cari bekal,tak selamanya orang sayang kita tapi Allah sampai bila2 sayang akan HAMBANYA inshaAllah akan setelkan keja apa yang patut sebelum berehat panjang,” kongsinya panjang lebar.
Baru-baru ini, pelakon cantik Puteri Aishah ada berkongsi beberapa momen indah saat dia bercuti sambil bekerja kota New York.
Difahamkan, pemergiaan heroin filem Pulang ke sana adalah bagi memenuhi komitmen bersama satu jenama penjagaan diri antara bangsa di sana.
Malah, dia turut berterima kasih kepada produksi jenama tersebut kerana membawanya ke destinasi impian.
“Exploring NYC ? thank you @mykiehls @kiehls for bringing me to my dream city! nanti puteri update apa puteri dgn @kiehls buat kat NYC ok! now jalan2 makan,” tulisnya menerusi salah satu posting di Instagram.
Satu-satunya lelaki dalam hidupnya kini, usahawan terkenal, Joy Revfa menukil satu luahan rasa untuk anaknya, Arryan Firdaus.
Menurutnya, selama menjadi ibu, dia tidak pernah tahu erti ketakutan, kesedihan atau kekuatan yang ada dalam diri. Malah, dia mahu selamanya menjadi bidadari dalam hati si anak.
“Selama ibu membesarkan mu..
ibu tidak pernah tahu kekuatan yg ibu miliki..
kesedihan yg ibu hadapi..
dan ketakutan yg ibu ada.
“Apa yg ibu tahu..
Ibu mahu selalu ada untuk mu..
tidak menyerah kalah.. dan selamanya menjadi bidadari hatimu.
Mohon doakan Arryan menjadi anak yg soleh berjaya dunia & akhirat.”
Joy yang sebelum ini sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Faiz dikatakan telah putus cinta menerusi perkongsian di Insta Stories miliknya.
MH doakan semoga Joy ditemukan dengan lelaki yang boleh membimbing dirinya dan menjadi ayah terbaik untuk Arryan.
Foto – Instagram Joy Revfa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.