Pelakon Ika Nabella ada berkongsi perkembangan terkininya yang kini sedang hamil anak pertama.
Kongsi Ika menerusi Instagram, berat badannya kini kian bertambah dan sejujurnya dia senang dengan situasi terkininya itu, asalkan anak yang dikandung sihat.
“57kg (gained 9kgs) & growing healthier. Kembang is my middle name & I’m proud of it. Lol!
Pengorbanan seorang ibu tak ternilai dan pelakon Shakilla Khoriri misalnya turut mengenang bagaimana kesukaran ibu bapa zaman dahulu dalam membesarkan anak-anak tanpa bantuan teknologi.
Mengakui bukan mudah uruskan menguruskan hal rumah tangga, namun ia bukanlah bebanan.
Sebaliknya ia menjadi satu pengalaman cukup hebat.
“Kadang aku terfikir jugak macam mana lah mak bapak kita besarkan kita semua dulu kan? Lagi2 yang adik beradik ramai.
“Dalam zaman yang serba kekurangan.
Kalau nak compare zaman dulu dan sekarang bila dah beranak jauh nau bezanya.
“Sekarang ni serba serbi depan mata.
Tak tahu, GOOGLE! Malas, ORDER je. Penat,Panggil helper.
“Tabikkkk betul aku pada mak2 kita dulu.
Demi Allah. Bukan senang nak menguruskan anak, rumah, suami dan diri sendiri dalam satu masa.
“Kalau lah aku ada kuasa nak aja aku cium dahi sorang setiap mak dalam Malaysia ni.
Kamu hebat !
“Tapi aku tak rasa terbeban pun dengan semua ni. Malah aku rasa FUN !
Pengalaman macam ni bukan datang selalu dalam hidup kita. Dan tak selalu rasa mandi jam 4petang. Tapi kau akan rasa lega bila semua kerja, anak dan suami dah settle.
Usihh….bau tenuk dihutan lagi harum,” tulisnya.
Malah, Shakilla turut terfikir apa yang akan jadi sekiranya dia kembali ke set penggambaran.
“Ni nanti kalau dah start shooting balik,
macam mana CARA dan penyusunan waktu supaya anak, suami, rumah, kerja dan diri sendiri SIAP dan teratur. Haaaa aku fikir kejap.
“To all mothers, YOU ARE THE BEST and YOU ARE THE HERO,” kongsi Shakilla panjang lebar.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkesempatan menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di kediamannya sebaik tiba di tanah air, semalam.